Social Icons

Monday 13 January 2014

Pasar Malam Perjiranan 9

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Sabtu lepas, saya berkesempatan ke pasar malam Perjiranan 9, Taman Air Biru. Pasar malam ni dekat je dengan rumah, Perjiranan 10. Lagipun saya selalu ke masjid perjiranan 9, dan lokasi pasar malam tu atas sedikit ja dari masjid. Dah dekat 6 bulan duduk sini, baru lah sekali pergi pasar malam. :)


Pasar Malam Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang.



Malam tu saya pergi dengan Qaisara. Bukan main suka lagi dia bila cakap nak pergi pasar malam. Dulu masa duduk Penaga, memang selalu pergi pasar malam, tambah2 masa baru2 kahwin, duduk pun 2 orang ja. Memang tak masak la. Masa tu, boleh kata tiap2 hari pergi pasar malam, yang area Penaga, area Kepala Batas, area Butterworth, semua kami atur pergi :)

Tapi yang selalu kami pergi, yang dekat dengan rumah la..Pasar Malam Lahar Endin, Penaga.

Penang, kalau bab makan memang heaven la. Sebab tu saya suka pergi pasar malam, barang yang selalu kami beli di pasar malam adalah makanan dan buah2an. Barang lain pun ada, tapi jarang beli.

Actually, petang Sabtu tu planning nak pergi jogging dengan Qaisara, tetapi memandangkan cuaca yang tak mengizinkan, tak jadi lah pergi, dan orang tu pun tarik muncung sampai depan pintu :) So, dengan tujuan nak kurangkan munchoong tu, saya ajak dia pergi pasar malam.

Masuk je pasar malam dah nampak orang jual toys, ada pulak mainan kucing yang boleh jalan sambil meow2 tu... Qaisara pun seronok la tgk..tapi dia tak cakap NAK. Kami pun terus masuk ke dalam tgk2 pakaian, makanan. Beli kacang rebus, nugget untuk Qaisara. Sepanjang perjalanan  masuk tu, berulang kali Qaisara cakap dia suka kucing yg boleh jalan tadi tu..tapi masih tak cakap NAK.

Lepas beli durian, kami U turn balik, sebab makin ke dalam, makin sesak pulak orang.. on the way keluar tu.. Qaisara kata " Daddy, kita singgah tgk kucing tadi eh, Qaisara suka la tgk"... OK!

Sampai kedai toys tu.. dia tgk je kucing tu..pegang2..

Bila ditanya NAK? Terus jawab NAK! hehe.. Dapat la dia seekor kucing!


Mainan kucing berjalan

Macam tu lah Qaisara, selagi boleh dia takkan minta, dia bagi hint ja... as her Daddy..saya faham la kan..bukan nye tak paham...saja nak tgk perangai dia :) Believe me, KALAU saya tak belikan pun, dia takkan merengek2, nangis guling2 minta belikan... thats just not her.

Alhamdulillah, rezeki anak yang tidak banyak kerenah :)

p/s: pasar malam memang tempat yang terbaik untuk MENJUAL. Orang ramai yang datang pasar malam memang dengan NIAT nak MEMBELI. Hanya perlu pamerkan sahaja produk yang ditawarkan. 2-3 jam nanti SOLD OUT. Kalau ditanya pada peniaga pasar malam, mereka pasti menyatakan pasar malam adalah tempat terbaik untuk menjual, terutamanya produk makanan. Dalam seminggu 5-6 tempat pasar malam dorang follow. Sehari kerja 2-3 jam sahaja. Lumayan sebenarnya. Cuba tengok tangan akak2 peniaga pasar malam, gelang nak sampai siku :). Persoalannya: berapa ramai antara kita yang sanggup bekerja di pasar malam?

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca :)

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut:
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adishasha

Suhardi Jamailudin (adie)

Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

013-4744 146 (call)
017-5980 770 (sms/wassup)


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my