Social Icons

Saturday 25 January 2014

Anda pasti anda sihat?

Bismillahirramanirrahim...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Saya doakan pembaca sekalian serta ahli keluarga masing2 dalam keadaan sihat sejahtera. Amin..

Alhamdulillah...

Entry kali ini adalah susulan dari post yang saya share di fb personal saya, mengenai NIKMAT KESIHATAN yang post asalnya dari page Anis Choc Moist Cake.


Nikmat Kesihatan by Anis Choc Moist Cake

Sila ke wall FB saya untuk baca post yang penuh. Klik sini -->: fb.com/suhardi.jamailudin

Syukur

Kita sememangnya perlu bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan kepada kita, disampaing berbagai lagi nikmat2 lain yang jika disenaraikan..nescaya tak tertulis :) Terlalu banyak.. Alhamdulillah..
Dan salah satu cara kita bersyukur adalah menikmati pemberian itu seadanya dan berusaha untuk memelihara pemberian tersebut sebaik mungkin, sedaya mungkin dan selama mungkin. Kita start bersyukur bila kita start appreciate..betul tak?



Berapa ramai antara kita yang bersyukur dan hargai dengan adanya mata, hidung, gigi, mulut, organ dalam serta anggota tubuh badan yang lain?

Berapa ramai pula antara kita yang sungguh2 menjaga kebajikan anggota tubuh badan tersebut?

Rakyat Malaysia Terancam

Sedar atau tidak, ramai antara kita yang mengabaikan aspek kesihatan tubuh badan. Buktinya, saban hari, dan saban tahun kita didedahkan dengan laporan kematian rakyat Malaysia yang berpunca dari masalah kesihatan. dan masalah kesihatan ini pula kebanyakkannya berpunca dari tabiat dan gaya hidup rakyat Malaysia sehari-hari.

Statistik menunjukkan:

  •  2 dari 5 orang Malaysia adalah yang melebihi berat badan (Obesity)
  •  1 dari 7 orang Malaysia mengidap penyakit kencing manis (Diabetes)
  •  1 dari 6 kematian rakyat Malaysia adalah berpunca dari masalah kesihatan, penyakit jantung (Heart Disease)

Sedarkah anda?

Saya bukan cuba menakutkan pembaca dengan semua ini, tapi itulah fakta dan hakikat yang rakyat Malaysia alami, secara sedar atau tidak sedar.

Cara Hidup Sihat

Kita tidak perlu risau jika kita adalah seorang yang pentingkan kesihatan tubuh badan, dan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat, malah kita boleh berbangga dengan menyatakan kita seorang yang sihat.

Hakikatnya berapa ramai antara kita yang boleh amalkan cara hidup sihat seperti yang berikut:

1-Minum Air Secukupnya
Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan

2-Diet yang Sihat
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

3-Jangan Merokok
 Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

4-Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

5-Tangani Stress
Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

5-Tidur Berkualiti
Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

6-Terapi AromaterapiLuangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.


Saya pasti tak ramai diantara kita yang boleh berdispin dan bertetap dengan cara hidup sihat yang sedemikian atas alasan kekangan masa dan kerja, betul tak?

Badan manusia perlukan nutrisi yang cukup untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa berada pada tahap yang optimum, sentiasa bertenaga dan cergas. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihantan hebat.

Kajian juga menunjukkan badan manusia memerlukan nutrisi tambahan yang mana nutrisi yang kita perolehi melalui pemakanan harian adalah tidak mencukupi, walaupun pengambilan makanan kita seimbang.

Untuk itu, kita perlukan makanan tambahan (suplemen) yang sihat dan penuh dengan nutrisi yang penting untuk menjalani kehidupan seharian.

Kenapa Perlu Ambil Suplemen

Saya pernah ditanya oleh sorang rakan tentang kenapa perlunya ambil suplemen, sedangkan dia sihat dan jarang sakit. Untuk pengetahuan semua, pengambilan suplemen/vitamin adalah lebih kepada langkah pencegahan, bermaksud kita ambil sebelum kita sakit, bukannya seperti ubat-ubatan yang kita ambil selepas kita sakit.

Kekurangan nutrisi boleh meningkatkan risiko kesihatan yang membawa kepada tanda2 awal seperti:

  1.  Penuaan pramatang
  2. Kelesuan
  3. Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
  4. Keguguran rambut
  5. Osteoporosis
  6. Kulit bermasalah, dan banyak lagi..
Namun begitu, bagi penyakit yang belum serius atau pada tahap kronik, pengambilan dan penambahan balik nutrisi yang terkurang sebelum ni yang mana kekurangan itu menyebabkan penyakit, insyaAllah penyakit tersebut akan beransur2 pulih.

Berikut adalah sebab kenapa kita perlu ambil suplemen dalam menjalani kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang:
  1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar
  2. Badan memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
  3. Buah-buahan dan sayur yang kita makan mungkin terjejas atau tercemar
  4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Kebanyakkan dari kita makan mengikut selera rasa, bukannya makan apa yang perlu 
  6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan. 
  7. Kehilangan nutrisi dalam makanan semasa proses penyediaan dan sebagainya
  8. Sering mengambil makanan segera (fast food) sebab mengejar masa

Untuk tujuan tersebut, kita boleh mengambil makanan tambahan, suplemen, atau mana2 vitamin yang banyak terdapat di pasaran, tetapi perlulah berhati2 dalam memilihnya.


Kena semak betul2..yang ragu2 jangan ambil

Suplemen Shaklee

Nama Shaklee diambil sempena dengan nama Pengasas syarikat tersebut, iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Beliau adalah orang pertama yang menemui Vitalized Minerals (Vita-Min) pada ahun 1915. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikan beliau sebagai pelopor industri Nustrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Shaklee yang bermulanya di California, US kini juga beroperasi di China, Jepun, Canada, Mexico, Indonesia, Taiwan, termasuk Malaysia.



Selamat::Berkesan::Semulajadi


Kenapa pilih Shaklee?

Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semulajadi merupakan jawapan untuk hidup yang lebih sihat dan jangka hayat lebih panjang. Justeru itu, kami gigih berusaha untuk memberikan produk terbaik bagi meningkatkan taraf hidup. Bahkan, anda juga perlu tahu yang kami amat teliti dalam menjamin kualiti dan mutu keberkesanan bagi setiap produk.

Sentiasa Selamat


Keselamatan amat penting di Shaklee dan standard kami tiada bandingannya. Kami menjalankan lebih dari 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan kami menjalankan lebih dari 100,000 ujian berkualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.

Sentiasa Berkesan 

kami bertanggungjawab dalam memberikan produk yang berkesan. Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil siplemen langsung.

Bukan itu sahaja, malah bukti jelas yang lebih besar boleh dilihat dari penjelajah bertaraf , atlet yang telah diberi dengan suplemen Shaklee yang telah memenagi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa; dan juga berjuta-juta insan sama seperti anda yang telah hidup lebih sihat dan lenih produktif dengan kehadiran Shaklee.


Sentiasa Mesra Alam (Semulajadi)

Selama lebih daripada 55 tahun, kami telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau kami. Kami bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda dan juga bumi anda.

Suplemen Shaklee disahkan halal oleh badan pemantau Amerika Syarikat yang mana ia merupakan salah satu badan yang diiktiraf dibawah JAKIM.

Suplemen Shaklee juga ada kelulusan KKM dan ada MAL NO pada setiap botol.

Boleh diambil tanpa ragu-ragu.

Saya sendiri mengambil suplemen Shaklee, begitu juga keluarga saya. Saya amat2 syorkan kepada pembaca semua.

Sekian, perkongsian kali ini.


Terima kasih kerana sudi membaca. :)

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut.


Ebook ini juga bakal mendedahkan anda kepada cara bagaimana menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah, sama seperti yang saya lakukan sekarang.


Hubungi saya juga untuk FREE CONSULTATION tentang supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga anda.

Suhardi Jamailudin (adie)
Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
017-5980 770 (sms/wassup/telegram)
Email: adiejamal@gmail.com
Fesbuk: fb.com/suhardi.jamailudin

Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara anda yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.








0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my