Social Icons

Monday 27 January 2014

Alfalfa Complex



Bismillahirramanirrahim...


Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Alhamdulillah...bertemu lagi kita di ruangan maya ini.

Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

Hari ni nak sharing skit pasal Alfalfa sempena Promosi Januari 2014 ni, beli 6 FREE 1


APA ITU ALFALFA?


Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu.

Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain.

Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim.

Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. Vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.

Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia.

Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.


Pokok Alfalfa


FAEDAH-FAEDAH ALFALFA

· Kaya dengan klorofil.
· Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayuran-sayuran biasa.
· Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukanuntuk mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.
· Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu, 13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu.
· Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144 kali lebih daripada hati.
· Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan asid toksik dalam sistem badan kita.

FUNGSI-FUNGSI KEBAIKAN ALFALFA

Kajian terkini menunjukkan cecair klorofil mempunyai beberapa fungsi-fungsi pemulihan seperti berikut:

· Pembersih toksin yang berkesan.
· Memperbaiki kebersihan dan kesihatan mulut.
· Menghilangkan bau nafas dan badan berbau.
· Meringankan sakit sendidan sakit sengal-sengal tulang.
· Mengalakkan pertumbuhan Asidofillus (bakteria mesra).
· Meringankan sakit kerongkong dan insomnia.
· Meningkatkan bilangan sel darah merah pesakit anemia.
· Baik untuk ulser mulut dan perut.
· Baik untuk jantung.
· Meringankan masalah komplikasi kencing manis.
· Mengawal atur kitaran haid.
· Mengurangkan keasidan dalam badan.
· Memastikan peredaran darah yang sihat.
· Baik untuk sistitis atau radang pundi kencing.
· Membuka selera makan.
· Mengurangkan sembelit.
· Mengurangkan rasa letih dan penat.


19 Khasiat Alfalfa


KAJIAN DAN RUJUKAN

“Pembersihan dan penulenan sistem badan secara semulajadi memang mengambil masa. Kita haruslah bersabar dan mengambil klorofil dengan konsisten. Ubat-ubat yang mujarab mungkin memberi kelegaan yang lebih cepat, tetapi jarang menyembuhkan. Di samping itu, ia juga membawa kesan-kesan sampingan yang tidak dikehendaki dan ubat merbahaya mungkin terkumpul dalam tubuh. Klorofil dapat menyingkirkan toksin daripada racun perosak dan saki baki ubat serta bahan-bahan buangan lain”. – The Healing Power of Chlorophyll, Dr. Bernard Jensen (Pakar Pemakanan).

“kajian menunjukkan struktur kimia tumbuhan hampir serupa dengan sel darah merah manusia melainkan unsur di tengah-tengah sel darah merah manusia terdiri daripada besi sementara klorofil pula ialah magnesium. Dengan itu, pengambilan klorofil akan membantu mereka yang mengalami kehilangan darah semasa melahirkan anak, kecederaan atau pendermaan darah”. – Dr. Richard Willstatter & Dr. Fisher.

“Klorofil adalah berguna untuk jangkitan dalaman dan masalah-masalah kulit”. – New England Journal of Medicine.

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.

Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang, kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting, dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.



Dalam senarai vitamin shaklee, Alfalfa Complex digabungkan dengan pengambilan vitamin yang lain sebagai cara yang lebih efektif dalam memenuhi keperluan nutrisi dalam badan manusia, seperti dalam Set Resdung/Set 5 Serangkai, Set Kurus, Set Penyusuan dan Set Feminin.

sumber:
Buku Nutrisi Shaklee
Apa-itu-Alfalfa.blogspot

Terima kasih kerana sudi membaca. :)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut.


Ebook ini juga bakal mendedahkan anda kepada cara bagaimana menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah, sama seperti yang saya lakukan sekarang.


Hubungi saya juga untuk FREE CONSULTATION tentang suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga anda.

Suhardi Jamailudin (adi)
Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
013-4744 146 (call) 017-5980 770 (sms/wassup)
Email: adiejamal@gmail.com
Fesbuk: fb.com/suhardi.jamailudin

Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara anda yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my