Social Icons

Sunday 23 February 2014

Kepercayaan KARUT Tentang Perniagaan!!

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Diharap pembaca semua dalam keadaan sihat2 sahaja di samping keluarga tercinta.

OK, hari ni saya nak share berkenaan perihal kebanyakkan orang kita, pemikiran salah yang tertanam dalam minda kita selama ini. 


Pemikiran yang salah tentang perniagaan, dimana kita meletakkan syarat2 tertentu kita memulakan dan maju dalam perniagaan.

Pemikiran atau tanggapan salah tersebut sesuai di namakan Kepercayaan Karut!!

Saya sendiri dahulunya ada pemikiran tersebut, dan atas kepercayaan karut itulah saya merasakan perniagaan adalah suatu bidang yang susah, dan bisnes untuk orang tertentu sahaja.. kesian kan?

Kepercayaan karut ini pernah dikongsikan oleh Mentor Perniagaan No.1 Asia, Dr Azizan Osman. Jadi, ini versi beliau.


Kepercayaan KARUT

Jom kita sama-sama fahami dan selami serta mengubah minda kita terhadap kepercayaan karut ini.


Lima Kepercayaan Karut tersebut adalah:



1. Untuk menjadi usahawan, saya perlu mempunyai “darah usahawan”; saya tidak pandai berniaga atau buat pemasaran.

Bagus jika anda datang daripada keluarga yang ibu bapa anda usahawan atau berniaga. Tetapi ini kepercayaan yang KARUT. Kerana ramai yang berjaya di dalam perniagaan hari ini TIDAK datang daripada latar belakang keluarga yang berniaga. Arwah ayah saya merupakan bekas pegawai kerajaan dan mak saya bekas guru. Datuk dan nenek saya pun tidak berniaga. Tidak ada “such thing as”, aku darah seni, aku darah usahawan, aku darah pejuang. 


There's No Such Thing..!!

Darah semua orang sama sahaja warnanya, Merah. Yang mempengaruhi kita adalah cara kita berfikir, emosi kita, cara kita berkomunikasi dan cara kita bertindak. Jika bodoh, boleh belajar bukan? Pernah dengar ayat tu masa sekolah dulu? Tapi jika bodoh, sombong pula dan tak nak belajar, tu namanya “bangang” kata orang Negri Sembilan.

2. Untuk berniaga atau membuat pemasaran, saya perlu ada modal kewangan yang banyak

Pastinya untuk berniaga, kita perlukan modal. Tetapi bukan modal kewangan yang utama. Ini adalah KARUT kerana faktor kewangan adalah faktor yang ke-6 penting. Tetapi sebelum itu apa yang penting ialah modal insan. Ya, diri anda. Berapa ramai yang berjaya adalah mereka yang bermula atau langkah pertama mereka bukannya duit atau sumber kewangan. Tetapi idea, ilmu, mentor, sistem, kuasa tindakan, impian ataupun perancangan dan lepas itu barulah sumber kewangan. 


Wang Bukan Modal Utama


Ramai yang berjaya di dalam perniagaan adalah bermula dengan “bootstrap”. Mereka mulakan perniagaan ataupun lakukan pemasaran mereka tanpa mengambil pinjaman modal daripada mana-mana sumber. Mereka hanya perlukan beberapa faktor yang saya sebutkan di atas tadi dan mulakan secara kecil-kecilan dan secara sampingan sebelum ianya dibesarkan sedikit demi sedikit hasil menggunakan hasil daripada simpanan keuntungan mereka.

3. Untuk berniaga, saya perlu dapat sokongan badan kerajaan atau subsidi kerajaan

Bagus jika anda mendapat sokongan kerajaan ataupun subsidi untuk berniaga tetapi jika tidak, anda tidak perlu. Kerajaan sentiasa menyokong mereka yang berniaga dan hidup di Malaysia yang penuh dengan sumber kekayaan dan peluang kekayaan sebenarnya KARUT jika tidak boleh kaya & berjaya melalui perniagaan. 


Tak Semestinya Perlukan Bantuan

Pernah duduk tengok dan perhatikan di luar sana? Ramai orang yang datang daripada luar yang menguasai ekonomi dan mereka tidak bergantung atau menunggu sokongan badan kerajaan atau subsidi kerajaan. Bill Gates, Mark Zuckerberg, Warren Buffet, Azizan Osman adalah mereka yang berjaya tanpa bergantung kepada subsidi kerajaan. Kalau dapat bantuan, syukurlah dan gunakanlah semaksima mungkin tetapi JANGAN TUNGGU.

4. Ekonomi sekarang tidak bagus.

Baguslah JIKA ekonomi tidak bagus. Inilah masanya serta peluang untuk anda membina perniagaan anda. Kejayaan sesuatu perniagaan bukanlah bergantung semata-mata kepada keadaan ekonomi. Malah, ramai mereka yang berjaya adalah mereka yang bertindak ketika ekonomi sedang gawat atau sangat kritikal. Contoh, AirAsia adalah dilancarkan sehari selepas berlakunya tragedi 11 September 2001 dan ekonomi dunia sedang goyang. Warren Buffet melabur di dalam saham-saham kritikal menjunam lebih 40 tahun dahulu dan hari ini menjadi billionaire. Rockefellar, Henry Ford, Tan Sri Syed Mokhtar dan ramai lagi nama besar hari ini adalah bermula pada ketika ekonomi dikatakan tidak bagus atau teruk. 


Bagi Orang Bisnes: This is the right TIME!

Peluang sentiasa ada walau di dalam apa juga keadaan ekonomi. Ekonomi baik pun orang makan, ekonomi teruk pun orang tetap perlu makan. Selagi ada manusia, maka pasti ada “NEEDS” atau keperluan. Dan sebagai usahawan, kita perlu belajar mengenalpasti keperluan-keperluan mereka dan berikan mereka apa yang mereka perlukan. Senang je!

5. Nasib saya kurang baik atau saya tidak boleh merubah takdir hidup saya.

Tuhan tidak akan merubah nasib kita sehingga kita merubah nasib kita sendiri. Itu petikan maksud salah satu ayat Al-Quran. Kuasa bertindak dan kuasa merubah sesuatu adalah bermula daripada kita. Konsep D.U.I.T, iaitu ianya disertai dengan Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. Memang antara tujuan hidup adalah Tuhan memberikan kita peluang untuk membuat kebaikan di dunia ini. 


Takdir kita adalah membantu orang lain menambah nilai hidup mereka

Perniagaan adalah satu cara kebaikan kerana kita menyediakan produk atau perkhidmatan untuk membantu atau menyelesaikan masalah orang lain. Ada orang yang malas masak atau tidak tahu masak tetapi mereka ada masalah iaitu mereka perlukan makanan. Apa kita boleh buat ialah sediakan restoran dan masak masakan yang enak untuk mereka dan keluarga mereka makan lantas mereka bayar kita di atas bantuan kita. 

Jika kita membantu menyelesaikan masalah raaaamaaai orang? Maka kita bukan sahaja membantu orang lain tetapi kita dibayar di atas bantuan yang kita berikan. Perniagaan adalah salah satu cara untuk menambah nilai (add-value) kepada hidup orang lain. 

Itu adalah takdir kita sebenarnya.

So, macam mana..? Ada tak pemikiran macam tu dalam kepala kita, kalau ada kena cepat-cepat clearkan dan tune balik ok.

Sekian perkongsian kali ini.

Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana sudi membaca :)

=============
Hubungi saya untuk FREE CONSULTATION tentang supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga anda.

Suhardi Jamailudin (adie)
Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
017-598 0770 (sms/wassup/telegram)

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara PERCUMA, sila download ebook percuma di link berikut.
Ebook ini juga bakal mendedahkan anda kepada cara bagaimana menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah, sama seperti yang saya lakukan sekarang.



Kalau anda suka dengan perkongsian serta tip-tip ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara anda yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my