Social Icons

Monday 13 January 2014

Buah Hati Pengarang Jantung

Assalamualaikum, salam sejahtera pembaca sekalian.

Entry kali ni, saya nak kongsi skit berkenaan buah hati pengarang jantung kami, iaitu anak perempuan kami, Qaisara Sorfina Shasha bt Suhardi, 6 tahun.


polkadot
Tujuh Tahun Dah

Tahun 2014 ni genaplah 7 tahun usia perkahwinan saya dan isteri, kalau ikutkan tarikh, kami diijabkabulkan pada 23hb Feb 2007 di Masjid Taman Pelangi, Johor Bahru. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut banyak kisah suka duka kami kongsi bersama, dan dalam melalui kisah2 tersebut, kami lebih mengenali hati budi dan tabiat masing2, dari sekecil2 perkara hingga ke yang lebih besar.

Macam tak percaya ja, saya balik menetap di Johor, sekarang ni seminggu ada la 3-4 kali saya solat jemaah di Masjid Taman Pelangi tu, kadang2 solat Jumaat. Hebat betul perancangan Allah, kan? Tiap kali melangkah masuk ke masjid ni saya akan terkenang kembali saat2 yang mendebarkan tatkala saya berjabat tangan dengan tok kadi , Imam Ayob, saya masih ingat nama beliau, muda, hensem orangnya. Beliau pun mudah orangnya, tak banyak bersoal jawab. Mau pecah peluh jugak kalau tok kadi duk tanya macam2 :)



Dunia Baru

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, saya sah menjadi suami kepada isteri saya sekarang. Perasaan masa tu memang tak dapat digambarkan.. bercampur-campur: teruja, gementar, seronok, sedih pun ada, rasa nak jerit kuat2, rasa nak ketawa besar pun ada..

Terima kasih kepada keluarga, saudara mara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut. Kepada ayah saya Haji Jamailudin, mak Murni (mak tiri), abang Sani, abang Samsul & keluarga mertuanya, adik Suhaida, juga rombongan ke majlis pernikahan tersebut yang terdiri dari pakcik2 dan makcik2 saya.

Just married :)

Awal rancangan, rombongan nak naik bas sekolah ( ayah punya), tapi apakan daya, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Seminggu sebelum pernikahan, bas sekolah tersebut yang saya pandu sendiri (pemandu bas: kerja part time dengan ayah) terlibat dalam kemalangan. Bahagian depan bas rosak teruk, terpaksa masuk bengkel. Jadi, rombongan ke majlis hanya 3 kereta (waja ayah, wira Pak Ndak Omar, dan saga mertua abang Samsul. Keluarga isteri sediakan bilik di Sri Malaysia, Johor Bahru untk keluarga kami.

Betullahkata orang, antara saat2 yang mengetarkan hati seorang lelaki adalah masa akad nikah :)

Paling yang saya ingat, saat melafazkan ikrar (Program Sakinah, tak pasti negeri lain ada ke tak), mertua saya melafazkan ikrar melepaskan tanggungjawab manjaga/mendidik anak perempuan mereka kepada saya, saya lafaz ikrar menerima tanggungjawab (sebak betul saat ni..tak tahu perasaan tu datang dari mana) , isteri melafazkan ikrar untuk taat setia kepada suami, juga mengucapkan terima kasih kepada ibubapanya yang telah memjaganya sehingga hari ni. Mertua juga memberi sedikit nasihat yang berguna dalam melayari bahtera rumah tangga.

Lepas kahwin, isteri berenti kerja (masa ni kerja di KL, stay di Puchong) ikut saya ke Penaga, Pulau Pinang.

Orang Baru

Hampir genap setahun usia perkahwinan, kami menerima kelahiran orang baru dalam keluarga pada tarikh 14hb Feb 2008. Alhamdulillah, bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat, lebat rambutnya :) berat 3 kg, lahir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Nama yang kami pilih untuk anak : Qaisara Sorfina Shasha, maksudnya Puteri Putih/Bersih Berseri-seri. Mummy nya sihat, anak nya pun sihat. Memang permintaan isteri untuk menjalani proses kelahiran di Johor, saya ikutkan saja. Lagi pun isteri tak bekerja dalam tempoh mengandung, hanya bantu saya di Pusat Internet ( main income) tiada masalah nak apply cuti dan sebagainya :)

Day 3: Assalamualaikum :)

Habis waktu pantang, kami berangkat pulang ke Penaga, kali ni mama & abah (mertua saya) ikut sekali ke Penaga. Memandangkan both my mertua dah bersara (ex-army), takde masalah lah untuk stay dengan kami, selama mana yang mereka mahu. Dalam masa yang sama, dapat bantu tgk2kan cucu sulong (cucu ke-3 untuk ayah saya, selepas anak abang Samsul - sorang laki, sorang pompuan) mereka tu, sebab isteri bercadang nak kerja semula, cari kerja baru di Penang. Memang rezeki anak, isteri dapat kerja di syarikat guaman di Pulau Pinang.

1 year old


Her 1st Birthday


Kutub Utara & Kutub Selatan


Alhamdulillah, mertua saya seronok stay di Penaga, sambil melayan gelagat cucu mereka. Sehingga hari ni, mereka masih kata seronok tinggal di Penaga, tenang, makanan sedap2, urusan klinik mudah (dekat) kena pulak rumah berdekatan dengan tempat "naik" ikan...dapat la merasa ikan dan hasil2 laut yang fresh (bab ni, mama paling seronok, dia suka memasak).

Ayah dan keluarga saya juga menerima baik kedatangan mertua untuk duduk di Penaga. Kami tinggal di Taman Penaga, Lorong 8 (rumah ni kepunyaan ayah), sementara ayah dan mak Murni tinggal di Lorong 6 (rumah mak Murni). Adik, Suhaida juga tinggal dengan ayah.

Masa berlalu, hubungan 2 keluarga ini menjadi semakin erat. Satu utara, satu selatan... along the way kami saling tukar2 cerita dan pengalaman, adat serta budaya tempat masing2. Perbezaan itu indah sebenarnya bagi mereka yang sentiasa melihat sesuatu perkara dari sudut yang positif :)

Sesekali ada kenduri kendara saudara di Penaga, saya akan bawa mertua untuk berkenalan dengan saudara2. Mereka juga boleh klik terutamanya dengan abah (abah suka sembang, sbb tu orang suka).

Sepanjang mama & abah stay di Penaga, ada juga saudara dari Johor yang datang Penaga. Ada la chance dorang melawat Penang, sambil menyelam, minum air.

Tak Banyak Kerenah

Sepanjang prose pembesaran Qaisara, dari lepas pantang sehingga sekarang 6 tahun, dia seorang yang tak banyak kerenah, jarang menangis, kecuali jika ada sakit demam. Sakit demam pun jarang2. Time tu ja dia banyak merengek. Mungkin itu semua kesan amalan mama yang selalu bercakap dengan Qaisara sejak dari baby lagi.


3-4 bulan

Majlis potong jambul, 6 bulan.

Mama selalu bercakap, dan beritahu yang baik2 pada Qaisara sejak dari baby lagi: Qaisara anak yang baik, selalu dengar cakap, bijak dan macam2 lagi perkataan yang positif dengan suara dan sentuhan yang lembut. Berkat perkara2 positif yang masuk dalam kepala Qaisara, membuatkan dia membesar seperti yang diberitahu.

Tak banyak ragam, tak banyak kerenah, tak banyak merengek, tak banyak meronta2, tak jerit2 bila bercakap..dan lemah lembut perlakuannya :) Alhamdulillah.

Teringat dulu, kalau sesiapa datang rumah/atau kami ke rumah sesiapa...kalau orang tu sembang/cakap kuat2...memang menangis la dia. Dan sikap tu kekal sampai sekarang, yang mana kami boleh tgk pada kawan2 dia, sepupu sebaya dia...geng2 dia semua yang cakap lembut2. Dengan yang kasar2..memang tak masuk la.

Alhamdulillah, senang dengar cakap

Tadika

Qaisara mmg looking forward untuk ke sekolah. Hari2 kami beritahu dia, seronok kalau pergi sekolah, nnt dapat kawan ramai, dapat belajar membaca, menulis, mewarna...so dia excited nak pergi sekolah :) Tak susah langsung nak bangun dan bersiap nak ke sekolah.

Tahun ni merupakan tahun ke-2 Qaisara tadika. Masa tadika 5 tahun dulu di Penang, sampai bulan 6 jer. (Tadika Laksamana, Taman Molek, Teluk Air Tawar, Butterworth). Timing cun, yuran pun bayar utk 6 bulan jer. Good school, ajar basic chinese language, great teacher. Rasanya Qaisara did well there. Masa beritahu nak tukar sekolah, Pengetua nya terkejut, and said "Alaa...she's my favourite" dan dia pulak sedih nak lepaskan Qaisara. Tak sempat dapat uniform pun, lambat sgt :)

2013 1st day to school

Lepas raya 2013, Qaisara dah start di sekolah tadika sekarang, Tadika Yuh Chyun, Taman Air Biru, Pasir Gudang. Sekolah ni effecient skit. Lepas daftar, terus dapat uniform, baju sukan. Apa lagi, bertambah semangat Qaisara nak pergi sekolah :)  Qaisara memang enjoy ke sekolah, kadang2 tu sampai demand nak ke sekolah waktu petang, sebab nak main dengan kawan2..haissh

Pencapaian

Hujung tahun 2013, masa pergi sekolah nak ambil buku rekod, terkejut jugak sebab cikgu kata Qaisara dapat Top 5 dalam kelas, dan akan naik pentas amik hadiah pada hari konsert nanti. Hanya dalam beberapa bulan dia boleh catch up. Markah exam pun semua 90 keatas, cuma 1 jer yang 80 lebih, subjek Mandrin kalau tak silap. Cikgu dia suggest tahun 2014, Qaisara patut amik tusyen Mandarin, so that she can improve more and be prepared untuk masuk Darjah 1 di sekolah kebangsaan Cina 2015 nanti.

Masa konsert hari tu, Qaisara naik pentas 2 kali, sekali untuk Top 5 dan sekali lagi untuk Most Creative Student! Im so proud of u Qaisara. Really enjoy the show masa konsert dorang. Qaisara pun take part in one of the show, dancing lagu Bollywood...ahh memang kena dah!! Bertempat di Hotel Selesa, Pasir Gudang.

Top 5 & Most Creative Student 2013

Cikgu tu speaking mandarin macam air

Top 5

Group photo
Sekolah Qaisara still cuti Sabtu & Ahad. (state gov dah start cuti Jumaat & Sabtu). Sekarang dah masuk minggu ke-2 persekolahan. So far, so good..baru start dapat 2-3 buku..dah ada homework skit2. Tahun ni lagi seronok Qaisara nak ke sekolah sebab dapat naik motor ke sekolah.


Memang sejak dari kecil, suka naik moto

Harap Qaisara dapat belajar dengan lebih tekun, dan score semua subjek. You can do it Qaisara. InsyaAllah.

Daddy & Mummy doakan yang terbaik untukmu sayang.

Sekian entry kali ni. Wassalam.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut:
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adishasha

Suhardi Jamailudin (adie)

Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

013-4744 146 (call)
017-5980 770 (sms/wassup)


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.


0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my