Social Icons

Saturday 1 March 2014

Kita Kategori Manusia Mana?

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Dalam entry pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang 4 jenis manusia yang terdapat di dalam dunia pada masa kini. Jenis manusia ini telah saya ketahui daripada seorang usahawan internet lain tidak lama dahulu.

Menurut beliau, kita semua dibahagikan kepada empat (4) jenis atau kategori manusia:


1. Jenis pertama adalah mereka yang "Tahu apa yang sedang berlaku"...


2. Jenis kedua adalah mereka yang "Tidak tahu apa yang sedang berlaku"...

3. Jenis ketiga adalah mereka yang "Tidak mahu tahu apa yang sedang berlaku"...
 
4. Jenis keempat adalah mereka yang berkata, "Hah, apa yang baru saja berlaku?"


Cuba fikir...anda jenis manusia yang mana?


Daripada keempat-empat jenis manusia ini, kita mahu tergolong di dalam jenis atau kategori yang pertama iaitu mereka yang tahu apa yang sedang berlaku.

Maksudnya di sini, golongan ini tahu apa yang sedang berlaku di dalam kehidupannya dan akan bertindak dengan sewajarnya untuk memperbaiki atau meningkatkan taraf kehidupannya.

Jika sedang miskin, akan berusaha menjadi kaya.

Jika sedang sakit, akan berusaha menjadi sihat.

... dan yang sewaktu dengannya.

Pendek kata, golongan pertama ini akan berusaha mencapai apa yang mereka inginkan di dalam kehidupannya kerana mereka tahu di mana mereka berada pada masa itu.

Golongan lain iaitu golongan nombor 2 hingga 4 di dalam senarai tadi, tidak tahu, tidak mahu tahu atau langsung tak sedar apa yang sedang berlaku di dalam kehidupannya. Oleh itu, dia terus mengikut arus perjalanan tanpa ingin berusaha langsung untuk memperbaiki kehidupannya.

Jika sedang miskin, akan terus miskin...

Jika sedang sakit, akan terus sakit...

Roda kehidupan mereka akan terus berputar dan mereka akan sentiasa berada di bawah.

Oleh itu, saya berharap yang kita semua jangan termasuk di dalam golongan 2 sehingga 4 ini.

Kita semua perlu masuk di dalam golongan pertama yang akan bertanggungjawab dan mengambil langkah yang diperlukan untuk memperbaiki kehidupan kita.


Sentiasa alert dengan kekurangan diri, dan belajar serta berusaha untuk memperbaikinya


Jika kita ingin meningkatkan taraf kewangan diri, maka kita perlu mahukannya dengan betul-betul dan berusaha mempelajari apa yang diperlukan untuk membawa diri keluar dari belenggu masalah tersebut.

Sekian entry kali ini.

Terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat.


=============
Hubungi saya untuk FREE CONSULTATION tentang supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga anda.

Suhardi Jamailudin (adie)
Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
017-598 0770 (SMS/WhatsApp/Telegram)

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara PERCUMA, sila download ebook percuma di link berikut.
Ebook ini juga bakal mendedahkan anda kepada cara bagaimana menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah, sama seperti yang saya lakukan sekarang.


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tip-tip ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara anda yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my