Social Icons

Thursday 6 March 2014

Sumber Vitamin B Paling Lengkap

==

Assalamualaikum, salam sejahtera semua pembaca blog adishasha.com

Untuk entry kali ni, saya akan berkongsi berkenaan satu lagi vitamin yang juga penting untuk tubuh badan kita iaitu Vitamin B.

Perkongsian berkisar tentang sumber Vitamin B, jenis-jenisnya, symptom kekurangannya dan juga beberapa perkara yang berkaitan dengan  pengambilan Vitamin tersebut dalam diet harian.

Selamat membaca.. :)

Apa itu Vitamin B?

Vitamin ini adalah vitamin yang paling biasa orang makan. Budak makan, orang mengandung makan, dalam roti pun ada vitamin b juga.


Ia adalah vitamin penting yang tidak dapat dibuat oleh tubuh, oleh itu ia mesti diperolehi dari luar seperti dari makanan dan vitamin semulajadi.


Tahukan anda vitamin B adalah vitamin larut air. Ia mudah musnah bila kita stress, penat, terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari, dan bila kita minum banyak air. Selain itu, pengambilan gula dan kafein yang tinggi, pil perancang keluarga dan ubat penahan sakit boleh memusnahkan vitamin B yang sedia ada. 


Mungkin ada sesetengah yang berpendapat mereka sudah dapat zat yang mencukupi dengan masak sendiri setiap hari. Namun tahukan anda zat makanan mudah hilang dengan cara masakan, cara penyimpanan, dan cara penyediaan kita?


Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?

Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.




Apa itu Vitamin B-Complex?

Vitamin B-Complex merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut dalam air. Kumpulan B-Complex terdiri daripada lapan vitamin B iaitu:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Biotin


Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?

Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk:

- Mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, 

- Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, 

- Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, 

- Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Apakah tanda-tanda tubuh kekurangan B-Complex?

Di antara tanda-tanda jika tubuh kekurangan vitamin B-Complex:
  • sensitif
  • terlalu defensive
  • minda yang tertutup
  • keletihan
  • mudah marah
  • mudah merajuk
  • emosi yang tidak stabil
  • kemurungan
  • sembelit
  • mudah panik
  • darah gemuruh
  • kurang selera makan
  • kulit wajah nampak kusam

Siapa sebenarnya yang perlu B complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang...
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang

Pelajar adalah antara mereka yang perlukan B Complex untuk lebih fokus dalam pelajaran


B Complex Shaklee

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. kesemua 8 vitamin ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.



Manfaat Utama

** menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan

** melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

** membantu tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

** rambut berubat dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan kulit

** baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan faya pemerhatian / fokus

** mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dlm tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut

** meredakan senggugut - baik utk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit

** mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah, nafas berbau

** detoksifikasi - meredakan alahan





Bagaimana memilih B-Complex yang baik?

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin B1,B2,B3,B5,B6,B12,asid folik dan Biotin

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk Asid Folik dan Biotin

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1,B2,B3 dan B12 tidak terlalu besar

4. Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air





Kepentingan Pengambilan Vitamin B complex Shaklee

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.





5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.

7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.






Jom kita tengok, apa kata mereka yang telah mendapat manfaat dari B Complex ni.






Jadi anda di mana? kalau anda seorang yang cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...itu tandanya anda kekurangan Vitamin B..ingat..Vitamin B Complex Shaklee!




Sekian sharing kali ini. Semoga bermanfaat ya :)

Terima kasih kerana membaca.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

==========================


Hubungi saya untuk FREE CONSULTATION tentang supplemen yang sesuai serta cara makan yang berkesan untuk anda dan keluarga anda.

Suhardi Jamailudin (adie)
Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
017-5980 770 (SMS/WhatsApp/Telegram)

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara PERCUMA, sila download ebook percuma di link berikut.
Ebook ini juga bakal mendedahkan anda kepada cara bagaimana menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah, sama seperti yang saya lakukan sekarang.


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tip-tip ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara anda yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my