Social Icons

Showing posts with label Testimoni. Show all posts
Showing posts with label Testimoni. Show all posts

Thursday, 6 March 2014

Sumber Vitamin B Paling Lengkap

==

Assalamualaikum, salam sejahtera semua pembaca blog adishasha.com

Untuk entry kali ni, saya akan berkongsi berkenaan satu lagi vitamin yang juga penting untuk tubuh badan kita iaitu Vitamin B.

Perkongsian berkisar tentang sumber Vitamin B, jenis-jenisnya, symptom kekurangannya dan juga beberapa perkara yang berkaitan dengan  pengambilan Vitamin tersebut dalam diet harian.

Selamat membaca.. :)

Apa itu Vitamin B?

Vitamin ini adalah vitamin yang paling biasa orang makan. Budak makan, orang mengandung makan, dalam roti pun ada vitamin b juga.


Ia adalah vitamin penting yang tidak dapat dibuat oleh tubuh, oleh itu ia mesti diperolehi dari luar seperti dari makanan dan vitamin semulajadi.


Tahukan anda vitamin B adalah vitamin larut air. Ia mudah musnah bila kita stress, penat, terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari, dan bila kita minum banyak air. Selain itu, pengambilan gula dan kafein yang tinggi, pil perancang keluarga dan ubat penahan sakit boleh memusnahkan vitamin B yang sedia ada. 


Mungkin ada sesetengah yang berpendapat mereka sudah dapat zat yang mencukupi dengan masak sendiri setiap hari. Namun tahukan anda zat makanan mudah hilang dengan cara masakan, cara penyimpanan, dan cara penyediaan kita?

Sunday, 2 March 2014

ESP Shaklee Paling LARIS !!

Assalamualaikum, salam sejahtera semua pembaca..

Bulan Mac ni adalah bulan Promosi ESP (Energizing Soy Protein). Beli 6 canister FREE 1 canister.

Bersempena dengan promosi tersebut, entry kali ini saya kongsikan info berkenaan ESP ni.

====

ESP oleh Shaklee : Paling LARIS


ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah...kerana ESP membekalkan sumber proteinSemua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke?

Sunday, 23 February 2014

Vitamin C Tingkatkan Imunisasi

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Entry kali ni saya nak share pengalaman dan testimoni sendiri apabila menggunakan Vitamin C Shaklee.

Semuanya berlaku dengan izinNya, kita hanya berikhtiar

Sedikit perkongsian..


Hari Sabtu hari tu, suhu badan Qaisara Suhardi naik sehingga 37.8, kira demam la tu. Kebiasaan, kami akan beri ubat klinik (klinik 1Malaysia ja yg serasi dengan dia, klinik lain tak mau) 3-4 kali sehari, dan selalunya dalam 1-2 hari baik lah.


Suhu naik sehingga 37.8

Tapi kali ni kami decide untuk kurangkan kebergantungan pada ubat klinik, dan kalau bleh tak mau bagi langsung. Melalui pembacaan sebelum ni, dan juga MA klinik 1Malaysia sendiri yang bgtau, budak2 tak elok ambil ubat batuk/selsema sebab ada side-effect nya, memang akan cepat baik, tapi untuk kesan jangka panjang, ada keburukannya.

Wednesday, 5 February 2014

Super Multi-Vitamin

Bismillahirramanirrahim...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog adishasha.com


Hari ni, saya nak sharing skit pasal Vita Lea Shaklee sempena promosi Vita Lea Beli 6 FREE 1.

Apa yang Super sangat pasal vitamin ni? Jom baca..

Semoga bermanfaat :)

Kenali Perbezaan  Vita-Lea Shaklee
  • Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
  • Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
  • Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina
  • Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”
  • Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahunboleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.
  • Multivitamin pertama pada tahun 1915
Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee

Monday, 27 January 2014

Set Resdung

Bismillahirramanirrahim...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca sekalian. Alhamdulillah...bertemu lagi kita di ruangan maya ini.

Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

OK, kali ni saya nak share progress saya sendiri selepas mengamalkan Set Resdung Shaklee, selama hampir sebulan.

Perkongsian ni saya post di FB personal, so saya copy paste dari sana, dan tambahkan dengan info yang lebih detail mengenai Set Resdung tersebut.


Semoga bermanfaat.


=============

Ambil Alfalfa Complex lepas lunch tadi.

Ambil Alfalfa lepas lunch

Satu botol ada 700 tablet (Besar) 330 tablet (Kecil). Satu family boleh share, saya, wife dan mama (M.I.L). Banyak khasiat dan manfaatnya, sebab tu kebanyakkan dari kita boleh ambil Alfalfa ni.

Nanti saya share khasiat dan manfaatnya ok. ---> Info Alfalfa boleh klik SINI

Saya ni ada resdung, boleh tahan juga teruknya. Ahli keluarga dan orang yang terdekat tahu la macam mana tahap resdung saya 
Lama menanggung, bukan tak pernah try pil2, ubat2 sebelum ni...tapi tak berapa nak konsisten, kurang disiplin kata orang Jawa 

Tuesday, 14 January 2014

Kaji dan Cuba

Assalamualaikum, salam sejahtera.
Saya doakan pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat.

Entry kali ini adalah susalan dari entry yang bertajuk PELUANG, perkongsian saya mengenai peluang2 yang ada dipersekitaran kita, juga saya berkongsi berkenaan peluang perniagaan yang saya dan isteri hadiri.

Setelah membuat kajian serta rujukan mengenai peluang yang ditawarkan oleh syarikat tersebut, iaitu Shaklee, saya dan isteri memutuskan untuk mencuba dahulu produk kesihatan yang ditawarkan. Kalau tak cuba, mana nak tahu kan berkesan ke, bagus ke, mahal ke..dan macam2 lagi lah persoalan yang boleh terjawab dengan hanya kita mencuba sendiri.


Fokus syarikat kepada pembangunan kesihatan sejagat

Ok, disini saya nak share sedikit berkenaan syarikat, produk yang ditawarkan, juga produk yang kami putuskan untuk cuba.

Friday, 3 January 2014

Bermula Di Sini

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Alhamdulillah..

Akhirnya, saya ada blog sendiri..! macam tak percaya ja..hehe..
Dah bertahun2 mengadap komputer, bertahun2 kenal internet..
Baru hari ni terbuka hati, dan berkesempatan untuk memulakan dairi maya ni..
Berkat Jumaat hari ni :)

In real life pun saya tak pernah tulis dairi...sebab tu rasa macam masalah besar bila nak start menulis..
Tapi takpe, sekurang2nya saya bermula di sini... lama2 pandai la kan.. :)

Berkongsi

Tujuan saya buat blog ni adalah sebagai medium untuk berkongsi apa sahaja berkaitan dengan diri saya, keluarga saya dan kehidupan saya dengan para pembaca sekalian, kerana saya percaya apa sahaja pengalaman hidup yang kita pernah lalui boleh menjadi pengajaran kepada orang lain supaya mereka boleh belajar daripada perkongsian tersebut.

Blog ni saya akan kongsi bersama isteri, seperti mana kami berkongsi perkara lain dalam kehidupan kami.

Setakat ini dulu untuk entry yang pertama.

Rasanya masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Tahun Baru
Semangat Baru
Permulaan Baru...dan ianya Bermula Di Sini.



 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my