Social Icons

Tuesday 14 January 2014

Kaji dan Cuba

Assalamualaikum, salam sejahtera.
Saya doakan pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat.

Entry kali ini adalah susalan dari entry yang bertajuk PELUANG, perkongsian saya mengenai peluang2 yang ada dipersekitaran kita, juga saya berkongsi berkenaan peluang perniagaan yang saya dan isteri hadiri.

Setelah membuat kajian serta rujukan mengenai peluang yang ditawarkan oleh syarikat tersebut, iaitu Shaklee, saya dan isteri memutuskan untuk mencuba dahulu produk kesihatan yang ditawarkan. Kalau tak cuba, mana nak tahu kan berkesan ke, bagus ke, mahal ke..dan macam2 lagi lah persoalan yang boleh terjawab dengan hanya kita mencuba sendiri.


Fokus syarikat kepada pembangunan kesihatan sejagat

Ok, disini saya nak share sedikit berkenaan syarikat, produk yang ditawarkan, juga produk yang kami putuskan untuk cuba.



Syarikat

Nama Shaklee diambil sempena dengan nama Pengasas syarikat tersebut, iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Beliau adalah orang pertama yang menemui Vitalized Minerals (Vita-Min) pada ahun 1915. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikan beliau sebagai pelopor industri Nustrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

(Pic
Dr. Forrest C. Shaklee
Vita-min pertama

Shaklee yang bermulanya di California, US kini juga beroperasi di China, Jepun, Canada, Mexico, Indonesia, Taiwan, termasuk Malaysia.


HQ Shaklee di California, US.

Di Malaysia, syarikat beralamat di:

Shaklee Products (M) Sdn Bhd,
A-3A-02, Empire Tower Empire Subang,
Jalan SS16/1 47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5622 3188 / Fax: 03-56223199


Shaklee Subang Jaya


Produk

Produk yang mendapat sambutan adalah Produk Kesihatan (bukti orang Malaysia pentingkan kesihatan :) ). Namun Shaklee juga ada menawarkan produk2 lain seperti Produk Kecantikan, juga Produk Kediaman.


Empat kategori produk yang ditawarkan



Set Kesihatan Shaklee

Dalam kategori produk kesihatan yang ditawarkan oleh Shaklee itu sendiri terdapat banyak set2 produk kesihatan untuk tackle masalah kesihatan yang berbeza. Antara set2 yang terdapat adalah:

1- Set Kesihatan Optimum
2- Set Ibu Menyusu
3- Set Lepas Bersalin (Berpantang)
4- Set Kecantikan Kulit
5- Set Kesuburan
6- Set Resdung/ asma/ Alergi/Ekzema
7- Set Sistem Pertahanan Badan
8- Set Ibu Mengandung ( Trimester 1/Trimester 2&3)
9- Set Kuruskan Badan
10- Set Penghadaman (Detox)
11- Set Untuk Kanak2
12- Set Sendi/Tulang
13- Set Anti-Penuaan, dan banyak lagi set yang boleh disesuaikan dengan keperluan nurtisi dan masalah kesihatan dan badan.


Rangkaian produk dalam kategori Kesihatan Badan
Cuba Dulu Baru Tahu

Minggu lepas, saya dan isteri ke cawanga Shaklee Johor Bahru di Taman Molek untuk mendapatkan set kesihatan yang kami nak cuba sendiri.


Isi Order Form, ambil No dan tunggu giliran
Order Form


Set yang kami dapatkan adalah:

1- Set Resdung untuk saya. (Alfalfa + Vita C + B Complex)

2- Set Detox untuk Isteri. (Alfalfa + Vita-Lea + Garlic + DTX Complex)

3- Set untuk kanak2 untuk Qaisara. ( MealShake + Vita C Chewable)

4- Set Kesihatan Optimum untuk mama .(Vita-Lea)

Mana yang pengunaan bertindih, kami just beli satu dan kongsi :) Macam Alfalfa dan Vita-Lea.

Harganya takde lah mahal sangat seperti yang didakwa, pada saya berpatutan la. Sekali beli, boleh makan sehingga 2-3 bulan lamanya :)

Sekali beli, 4 orang boleh makan :)


Setakat hari ini baru 5 hari kami mengamalkan vitamin2 tersebut.

InsyaAllah, untuk entry akan datang saya akan kongsikan dengan lebih detail kelebihan set2 tersebut, dan kesan pengunaannya.

Terima kasih kerana sudi membaca :)

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut:
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adishasha

Terima kasih kerana sudi membaca.

Suhardi Jamailudin (adie)

Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

013-4744 146 (call)
017-5980 770 (sms/wassup)


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.


0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my