Social Icons

Saturday 25 January 2014

BANYAKNYE KEJE...TENSION2!!


Bismillahirramanirrahim...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca sekalian.

Saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

Hari ni ada sedikit sharing, its something yang saya tak pernah buat dulu...nampak simple dan biasa2 tapi kesannya luar biasa .

Ok, semoga bermanfaat ye, insyaAllah.

[ BANYAKNYE KEJE...TENSION2 ]

Pernah tak anda rasa: 

Banyak kerja nak kena buat, banyak kerja nak kena settle, macam tak cukup masa jer, kejap buat yang tu, teringat yang lagi satu, kejap buat yang ni, teringat urusan lain pulak. Serabutkan? tak tahu nak buat yang mana...padahal bnyk kerja nak kena settle... last2 duduk melangut depan tv, satu kerja pun tak selesai..  Pernah rasa? Pernah jadi macam tu? 


Banyak sangat kerja nak buat!! Tension!!

Jika pernah, sila jangan rasa pelik dengan diri anda, its normal :) Dulu saya pun pernah rasa macam tu. Dan rasanya, ramai yang pernah alaminya. 


Betul, rasa serabut sangat, rasa tension sangat, bila dah start rasa macam tu mula lah baran dalam badan pun naik, tak boleh ada hal sikit, asyik nak marahhh jerrr..walaupun kadang2 yang menyebabkannya tu hal yang kecik2 jer.


Cepat marah

Even kita ni bukan jenis yang suka marah2 orang, tapi api kemarahan tu ada, walaupun kecil, tunggu masa nak marak je... so, kalau boleh kita nak kecilkan api tersebut, dan bukan nak menggalakkannya....siapa suka api2 ni...boleh geng dengan S_A_T_N :)

Tak elok sebenarnya marah2 ni.. marah lead to more sakit2..sakit minda kita, sakit jiwa kita, sakit tubuh badan kita. 

Nampak tak flow dia?

My point is, nampak tak flow dia?... apa yang akan terjadi jika kita tak manage kerja yang banyak2 tu - banyak laa sangatt...tangan dibahu, mata ke atas...hehe

Ok, di sini, saya nak share skit, apa yang boleh kita lakukan untuk atasi masalah ni - masalahh laa sangatt... :)


Senaraikan semua urusan kerja

Sediakan pen dan kertas kosong, buku nota atau yang seumpamanya.

1- Tuliskan, semua yang sedang kita fikirkan. Kan banyak sangat urusan yang nak kena buat kan? Just senaraikan semua urusan yang terlintas dalam kepala otak tu...kalau banyak yang kita fikirkan, panjang la list nya :)  

Boleh Boleh?

2- Semua urusan dalam list tu sebenarnya, ada urusan yang boleh kita selesaikan SENDIRI, ada urusan yang kita BOLEH minta tolong orang lain selesaikan, dan ada juga urusan yang kita memang tak boleh selesaikan, meaning bukan dalam bidang kuasa kita,...kemudian eliminate urusan2 yang kita boleh minta orang lain tolong selesaikan dan juga urusan yang bukan dalam bidangkuasa kita.. ....faham faham?


Potong buang yang mana tak berkenaan :)

3- Tulis semula senarai urusan yang kita boleh selesaikan sendiri sahaja, dan kalau boleh susun ikut urutan yang paling PENTING dan URGENT untuk dilakukan sehingga yang paling kurang URGENT, yet penting juga untuk diselesaikan. Kalau urusan tersebut ada due date, boleh susun ikut date tersebut. 


Senaraikan ikut keutamaan

Haaa..kan dah tak banyak sebenarnya urusan yang perlu di settle... rasa kurang serabut dan kurang beban dalam kepala kan...?

Sekarang, hanya perlu buat ikut list tersebut. Mudah kan?
He he he.. 

Rahsia sebenarnya, perlu TULIS... masa menulis tu secara tak langsung kita tengah transfer all the bebanan ke kertas tersebut..serupa macam dalam sesuatu keadaan yang mana kita perlu luahkan apa yang terpendam dalam hati dan perlu keluarkan yang terbenam dalam kepala....rasa leganya tu...aahhh ~~ 

Begitu juga dengan impian & target kita dalam kehidupan atau dalam sesuatu misi..perlu TULIS dan perlu TENGOK hari2.. terjemahkan ia :)

Impian kalau tak tulis, akan jadi angan2 sampai bila-bila. But, the moment kita start tulis impian itu, ia akan jadi misi, akan jadi sasaran kita. Dan semakin kerap kita tgk/pandang misi dan target tersebut, semakin dekat kita rasa dengannya, dan semakin kuat kita akan berusaha mencapainya.. 

Tak tau nak explain macam mana it work, tapi itu lah yang sering disebut oleh orang2 yang dah berjaya, jutawan2 bertaqwa di luar sana. 

Kesimpulannya...TULIS, jangan pendam dalam hati, dalam otak. 

Sure akan rasa lebih lega. MESTI cuba ok!

Terima kasih kerana sudi membaca. :)


Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut.

Ebook ini juga bakal mendedahkan anda kepada cara bagaimana menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah, sama seperti yang saya lakukan sekarang.



Hubungi saya juga untuk FREE CONSULTATION tentang supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga anda.

Suhardi Jamailudin (adie)

Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730

Pasir Gudang, Johor Darul Takzim
013-4744 146 (call) 017-5980 770 (sms/wassup)
Email: adiejamal@gmail.com
Fesbuk: fb.com/suhardi.jamailudin

Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara anda yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.


0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my