Social Icons

Wednesday 22 January 2014

AMP 2014 yang Awsome!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua.

Semoga anda semua semua diberi kesihatan yang tip top untuk terus melakukan yang terbaik di dunia sebagai bekalan di akhirat, insyaAllah.

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah, kerna dengan limpah kurnia dan rahmatnya serta izinNya, saya masih di sini berkongsi suka dan duka, perjalanan hidup sehari2 dengan pembaca sekalian. Semoga pembaca sekalian beroleh manfaat dari perkongsian kali ini. 




AMP 2014

Pada 17-19 Jan (Jumaat - Ahad) yang lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri satu seminar permasaran anjuran Richworks Group of Companies, bertempat di MIECC, Seri Kembangan. Seminar Advanced Marketing Power (AMP). Alhamdulillah..rezeki menuntut ilmu.


Seminar AMP 2014

Sebenanya, saya tak merancang untuk mengikuti seminar tersebut, dan tak booked pun untuk tiket AMP ni. Nak dijadikan cerita, mentor dalam secret group online bisnes saya, En.Firdaus bgtau ada lagi tiket untuk ke AMP sebab ada insan yang tak dapat commit utk seminar 3 hari itu, tetapi telah beli tiket. So, tiket tersebut nak di letgo kepada yang berminat. Dua (2) kali mentor saya beri offer kepada yang berminat. Saya masih tak hiraukannya.

Entah masa bila, isteri saya nampak post offer tersebut dan terus pm untuk bertanya berkenaan tiket AMP tu. Tiket tersebut sudah ada yang berminat. Tapi isteri saya tak berputus asa, dia pesan pada En.Firdaus, jika ada tiket lagi lepas ni, cepat2 bgtau. Isteri saya pm beliau melalui acc FB saya .. LOL :) Nampak macam saya yg PM, tapi saya tak tahu apa2. Lepas tu, baru dia bgtau yg dia ada tanyakan pasal tiket tu pada En.Firdaus. Dia nak saya hadir dan rasai sendiri macam mana seminar berbayar DAO. Kami berserah je lah..kalau ada rezeki, ada la.

Ilmu itu Rezeki

Memang rezeki saya, En. Firdaus post lagi satu offer pasal tiket berkenaan, saya terus pm beliau dan locked that offer. Yes, dapat! tetiba saya pulak teruja, asalnya buat tak hirau jer..hehehe.. Tak kisah lah walau dapat seat General...janji dapat duduk dlm satu dewan dengar dan lihat DAO berceloteh :)

Sebenarnya, saya bukan tak berminat nak pergi, tapi..tapi..tapi...saya memang masih banyak TAPI dalam diri ni..hehe. Saya meletakkan duit sebagai alasan untuk tidak pergi ke seminar tersebut. Bila isteri saya cakap " duit boleh dicari, tapi peluang sedut ilmu mungkin datang sekali jer" terus saya bersemangat nak hadiri seminar AMP kali ni.


Alhamdulillah..Dapat locked tiket AMP

Saya juga faham konsep " The More You Learn, The More You Earn" sebab itu yang saya alami selepas saya hadiri seminar2 fesbuk sebelum ni, dengan ilmu2 tersebut saya apply pada bisnes fesbuk saya, hasilnya...untung bersih harian saya lebih tinggi dari sale Pusat Internet yang terpaksa beroperasi lebih 12 jam sehari. Pheww.. letih woo...

Ini merupakan seminar berbayar saya yang pertama. Sebelum ni banyak kali juga hadiri seminar PERCUMA anjuran Richworks. Memang lain macam sikit pengisian seminar2 mereka ni. Aura dia lain macam, jumlah yang hadir pun ramai dalam satu2 seminar..lagi ramai, lagi meriah kan?

Perjalanan


Khamis malam, saya dan keluarga (wife, mama, abah & Qaisara. Wife sampai ambil cuti sbb nk temankan saya pergi, walaupun dia tak masuk seminar... TQ so much darling...pengorbanan mu tak ternilai) She is one of the main reason why i should kaya & berjaya :) , bertolak dari Pasir Gudang ke Seri Kembangan. Jam menunjukkan tepat 2.00 pagi semasa melepasi Tol Skudai. Alhamdulillah...perjalanan lancar.. jam 5.00 pagi sampai Petronas Solaris, Serdang ( Rehat & Rawat). Mandi, solat subuh dan breakfast di situ. Then baru bertolak ke MIECC, tempat berlangsung nya seminar AMP.


3 jam perjalanan



Breakfast.. Peace yo!!


Mak aih..jammed siot... jalan lain clear je..but jalan nak ke MIECC ni je yang jammed...beratur panjang... baru teringat pesan DAO supaya datang awal.. amik habuan..hehe..but jammed nya tak lah teruk sgt..still bergerak, and we managed to sampai on time. Lepas drop saya di MIECC, keluarga saya pun gerak ke rumah Achik (mak saudara isteri), kami sekeluarga stay rumah Achik la sepanjang saya berseminar ni. Thank you very much Achik :)


Jammed nak ke MIECC



MIECC, here I come!!


Day 1

Dalam dewan saya geng dengan Abg Jaafar, beliau yang handle berkenaan tiket AMP saya. So, saya geng dengan dia...mentor saya dan geng2 online bisnes belum kelihatan lagi. 
Kelas bermula lebih kurang jam 8.30 pagi dengan tayangan video komen perserta yang lepas2 berkenaan seminar2 anjutan Richworks. Biasanya kelas memang bermula dengan tayangan video, tapi biasalah...masih ramai yang berdiri dan bersembang walaupun video mula ditayangkan. Then lepas tu Abang Bara bara (nick name) keluar ke pentas, baru start senaman pagi dengan iringan muzik rancak! What?!! Ada senaman? Muzik rancak?!!





Haaa..kalau nak tahu ,ini la salah satu kelainan seminar2 anjuran Richworks.. mesti mula dengan senamrobik. Dalam seminar percuma sebelum ni yang saya hadiri, dorang main lagu Chicken Dance, memang kena menari chicken dance!! Dalam seminar 3 hari ni pula lagu Bara Bara Bere Bere menjadi pilihan. Enjoy!!


Lebih 5000 peserta

Ikut je apa yang orang yang atas stage tu buat...hehe seronok wei... sebab apa kena seronok? sebab apa kena senamrobik? sebab nak create mood, bila seronok, baru la enjoy nak belajar. :)

Pada saya, team Richworks pandai create suasana yang selesa dan enjoy untuk semua peserta..bayangkan semua lelaki perempuan menari, siap ada yang berdiri atas kerusi lagi... kalau tak menari jugak..taktau nak kata apa..memang takde perasaan la :) atau ada masalah kesihatan :) tercungap2 kepenatan..aircond yang sejuk tadi dah tak terasa :)

The moment DAO keluar je, lagu bertambah rancak, yang bertepuk pun makin rancak, yang bersorak dan jerit makin kuat..begitulah sambutan hangat yang diberikan kepada mentor No.1 Asia bila keluar ke pentas... setiap kali..!!


Thorr...baekk!! Hammer lupa bawak :P


Pagi tu celoteh DAO lebih kepada tazkirah kepada semua yang berminat nak jadi usahawan, yang nak berniaga sehingga bergelar jutawan. tujuan utama berniaga adalah untuk bantu selesaikan masalah orang ramai, bukan kerana duit semata2. Dan salah satu DOSA BESAR dalam perniagaan adalah berniaga sebab nak kaya duit. Sharing DAO sebelah pagi lebih kepada persediaan minda dalam memulakan perniagaan.



Break time


Lunch break/Solat Jumaat jam 12.00 ptg - 2.30 ptg.. saya dan Abg Jaafar decide utk naik teksi ke masjid berhampiran, dekat saja, tapi kalau nak jalan kaki..peluh jugak la :) Dapat naik teksi sorang India Muslim ni..ckp kat dia nk pergi masjid... sampai masjid..dia tak ambil pun tambang..sepatutnya RM3.00.. Alhamdulillah.

Lepas solat Jumaat kena jalan kaki, tapi takpe...ada geng2 lain nak ke seminar balik, ramai2 jalan..tak terasa sangat :)

Masuk kelas petang, kena senamronik lagi. Bagi hilang mengantuk..hehehe.. and its work on me! DAO sambung kelas dengan penerangan yang lebih tentang persediaan untuk memulakan perniagaan, persediaan untuk memulakan kempen pemasaran...ini semua lebih penting dari lebih 400 strategi pemasaran yang bakal dikongsikan oleh DAO. 


Kelas break lagi jam 5.30 - 8.30 malam. Adalah masa untuk solat asar & maghrib, early dinner, relax2 sebelum start kelas sebelah malam. 
Antara yang dikongsikan untuk hari pertama adalah:


1- Kuasa Fokus

2- 10K Rahsia Berjaya
3- Konsep P.O.W.E.R
4- Strategi Pemasaran Tanpa Kos


Kelas berakhir jam 10.00 malam. Memang jammed teruk masa nak keluar. Isteri purposely datang lambat skit ambil saya, supaya jemmed reda skit.


Jammed waktu nak balik (pic dari wassup group)


Day 2

Saya gerak jam 7.15 pagi dari rumah Achik, sampai MIECC hampir jam 8.00 pagi.. masih jammed sedikit...tapi kurang la dari hari pertama. Breakfast di situ, bihun goreng + telur mata + sosej sebatang = RM9.00 ... toinggg..


Breakfast RM9, Alhamdulillah..


Kelas bermula macam biasa, senamrobik dulu. DAO pun keluar...lain macam skit mood dia, rupanya semalam ada orang post dalam fesbuk pasal jalan jammed masa nak balik, lebih2 lagi yang parking basement... sampai 2 jam katanya.. well..what do you expect? 5000 lebih perserta seminar dik non oii.. DAO memang pantang dengan orang yang suka complaint2 ni.

Sorang punya pasal, satu post punya, satu dewan kena basuh dengan DAO... hehehe..
Orang yang biasa complaint ni kan... bagi la situasi macam mana pun, dia akan complaint jugak! Percayalah :)


Hari ke-2 menyaksikan tetamu jemputan, orang yang pakar dalam bidang training and developement, iaitu Tuan Azzam Sabtu dan Dato' Roslan Abd Hamid. Kedua2nya bersemangat menyampaikan amanat dan perkongsian masing2... saya pernah baca cerita jatuh bangun tuan Azzam sebelum ini, sekarang syarikat beliau menyediakan training kepada syarikat2 besar di Malaysia.

Dato' Roslan pula menyertai Richworks sebagai usahanya untuk MEMBERI kepada orang ramai terutamanya para peserta seminar. Sungguh teruja dan bersemangat mendengar bait2 ayat yang keluar dari mulut beliau. Indah tersusun, bagaikan sedang bersajak, namun isi dan pengajarannya tetap ada. Beliau menyifatkan kehadirannya dalam Richworks sebagai 'memacak pondok kecil di pinggir istana besar' agar beliau dapat sama2 menyumbang tenaga dalam apa jua usaha murni yang dilakukan oleh Richworks.

Slot beliau di akhiri dengan tayangan muzik video " Aku Yang Dulu" nyanyian Tegar. Serius, menitis air mata bila diperhalusi bait2 lagu tersebut. Tak sama perasaan tgk video ni sebelum ni dan selepas hadiri seminar AMP ni.






Sebelah malamnya, peserta seminar diberi kejutan dengan kehadiran 12 orang multi-jutawan Malaysia yang merupakan bekas peserta seminar AMP anjuran DAO dan Richworks sejak dari tahun 2010 lagi (tahun pertama AMP diperkenalkan) dalam sesi sharing yang diberi nama Hot Seat Session. Lebih mengejutkan, MC untuk sesi perkongsian tersebut adalah selebriti TV1, Syed Munawar. Beliau sungguh teruja dengan kehadiran seramai 5000 lebih perserta seminar. Beliau juga pandai mengendalikan sesi perkongsian tersebut dengan telatah dan kepetahannya serta pengalamannya mengacarakan forum dan sesi wawancara :)

Sesi sharing tersebut membawa sehingga jam 12.00 tgh malam. Sungguh luarbiasa...majoriti peserta masih melekat di kerusi masing2 mendengar perkongsian jatuh bangun dari setiap multi-jutawan tersebut...ada juga antara multi-jutawan tersebut yang mengalirkan air mata semasa mengimbau kembali zaman kejatuhan masing2. MasyaAllah...sharing yang begitu ikhlas, mereka bersungguh2 mahu peserta seminar belajar dan praktikkan ilmu2 yang dikongsikan oleh DAO, kerana pada mereka dengan ilmu dan tindakanlah yang akan merubah kehidupan seseorang dari biasa2 kepada luarbiasa :)

Paling yang saya ingat sharing kak Anim, Pengasas Baja Sentap. Dulunya seorang tukang jahit, tempahan tak menentu, duit nak belanja pun tak cukup...beliau register juga masuk kelas DAO, dia redah je daftar tanpa ada duit, berserah pada Allah, ada saja jalan yang diberikan. She manage to finish all the platinum classes...amazingly, dengan izin Allah.

Pada malam sharing tersebut, dia bocorkan satu rahsia syarikat: baru sahaja close deal untuk supply baja selama 2 tahun ke Sabah, deal bernilai RM18 juta.... masyaAllah... semuanya berlaku dalam masa hanya setahun!!

Bila dah ada ilmu, tahu caranya...semua nya lebih mudah..kan?

Day 3 (Final day)

Seminar hari ke-3 dimulakan senamrobik macam biasa, dan dewan terus bergemuruh dengan jeritan dan tepukan yang mengiringi kehadiran saudara Jerry (J) Regional Director of Azizan Osman International ke pentas. Ramai peminat J ni :) Beliau berkongsi cerita permulaannya menyertai Richworks pada tahun 2010, selepas beliau baru pulang dari luar negara.

Dengan santainya, J menerangkan situasi ekonomi sekarang, not only Malaysia but the world economic conditions secara umumnya. Dengan kenaikkan harga hampir semua barangan dan perkhidmatan, orang ramai tiada jalan lain untuk menghadapinya melainkan mencari cara untuk menambah pendapatan...and doing/starting a business is a best way. J juga mengingatkan kepada semua, betapa bertuahnya kita yang duduk di Malaysia ni, semua ada, most of us hidup dengan sempurna...yet masih ada yang tak bersyukur dan lebih menyedihkan mereka menyalahkan orang lain pula dalam kesempitan hidup masing2.


Tuan Jerry beraksi..ketua pengawas dah naik pentas katanya..hehe


Lihatlah apa yang sedang berlaku di Syria contohnya, tidakkah kita merasa kasihan kepada mereka yang sedang menderita sehingga ada yang mati kesejukan, and most of them are women and childrens, bukankah mereka saudara Islam kita, bukankah kita patut membantu mereka, yet kita di Malaysia asyik sibukkan perihal kangkung!! Astaga..

Berlinangan air mata bila J sempat tayangkan satu video pasal penderitaan rakyat Syria..

Allahuakhbar....ampunilah kami ya Allah!! Richworks menerusi RichWell juga ada mengadakan kutipan derma untuk disalurkan terus kepada rakyat Syria yang memerlukan. Bantuan akan diberikan dalam bentuk barangan: selimut tebal, beras, makanan lain, ubatan dan lain2.

Masuk dari lunch break, atas kerusi masing2 dah tersedia hand-outs senarai 173 idea pemasaran + 50 tips pemasaran yang mana DAO tak akan go thru. Balik baca sendiri..hehe. DAO lebihkan kepada real case study berkenaan perlaksanaan strategi pemasaran yang lebih praktikal.

Sempat juga DAO beri satu contoh strategi pemasaran yang boleh digunapakai oleh bisnes carwash. Dari sale ratus2 sehari, bila apply strategi Joint Venture dengan bisnes lain, sale boleh sampai jutaan ringgit dalam setahun. Pengiraan nya sungguh mudah, yet resultnya luarbiasa! Strategi ini juga dinamakan Hack into others Network. Sebab tu DAO pernah cakap, bisnes kalau dah run 3 tahun, masih tak sampai sale 1 juta...memang ada something wrong somewhere :)

Petang tu juga ada real case study, oleh En, Junaidy, dari Anis Choclate Moist Cake. Beliau berkongsi strategi yang beliau gunakan untuk bisnes cake nya.

1- Banner (kuasai wilayah sendiri)
2- Sistem Dealer

3- Billboard
4- TV Commercial & Nasi Lemak Kopi O
5- News paper (metro)
6- Upgrade Dealer to Stokis

7- Social media - fesbuk
8- New Logo/Branding
9. Sistem SMS ETSI

10. Upgrade packaging, buat table top

Hanya dalam masa 3-4 tahun, sale telah meningkat dari 50k kepada 7 juta pada tahun 2013. Target untuk 2014 pula 10 juta...amacam? Meniaga kek jer derr..boleh cecah juta2. Memang itulah yg ditekankan oleh DAO, semua bisnes berpotensi untuk pergi jauh dan cecah sale jutaan ringgit, yang penting kena ada ilmu dan tahu caranya.


Menurut DAO, salah satu strategi marketing yang power adalah Result Marketing. Beliau sendiri menggunakan teknik yang sama dalam meyakinkan orang ramai untuk register seminar2 beliau. Video2 terstimoni bekas peserta seminar dan jemputan khas sesi Hot Seat jelas menunjukkan keberkesanan ilmu yang diajarkan dalam seminar beliau. 

Kalau perasan, produk kecantikan & kesihatan banyak guna teknik ini, testimoni bergambar Before & After.


Sebelum mengakhiri seminar DAO bersama-sama peserta seminar berdoa agar ilmu yang diperolehi diberkati dan memberi manfaat kepada semua. Panjang juga doa (bahasa malaysia) yang dibacakan sendiri oleh DAO, sungguh terharu sehingga menitiskan air mata sekali lagi... terasa keikhlasan beliau dalam membantu orang ramai.


Seminar berakhir jam 5.00 petang. Ramai peserta bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain seolah2 telah lama berkenalan, saya pasti ramai yang baru sahaja berkenalan semasa 2-3 hari ni, termasuk saya dan Abang Jaafar.

Lepas seminar, di luar dewan sempat saya dan rakan online bisnes buat gathering, dan bergambar sebelum bertolak pulang ke tempat masing2.



Mentor-mentor yang sangat hebat!!



Our Team


My family and my mentor, En. Firdaus


Sharing.. my immediate mentor, En.Arham


Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan perjalanan dan pengisian seminar AMP kali ini. Sungguh berbaloi dengan pelaburan yuran dibayar, malah tidak keterlaluan jika saya kata DAO beri lebih dari yang mencukupi. 


Sebelum ni saya paling tak suka sesi group sharing, sebab kena bercakap depan orang, yang mana saya ni malu2 dan pendiam, tapi semasa sesi group sharing sepanjang seminar berlangsung (3-4 kali rasanya) telah memberi keyakinan kepada saya, dah kurang gementar bila berhadapan dengan orang ramai.


Salah seorang peserta Hot Seat, Datin Fiona Tahir yang selalu menghadiri seminar seumpamanya di dalam & luar negara, rata2 anjuran mat salleh, turut menyifatkan yang seminar2 anjuran DAO dan Richworks lebih berkualiti dan lebih murah.


Kepada mereka yang sering menuduh yang bukan2 kepada DAO dan Richworks, mereka patut hadiri dan rasai sendiri perjalanan dan pengisian seminar2 tersebut. Saya pun pelik dengan orang kita ni, tak pernah cuba, tak pernah rasai sendiri..tapi boleh plak komen, lebih teruk lagi yang menuduh yang bukan2. Usahlah menilai apa yang orang lain buat, semak kerja sendiri, usaha sendiri sudah la. Siapa kita, nak menilai orang lain.

Yang pernah berbuat demikian, saya nasihatkan lebih baik pergi jumpa DAO dan mohon maaf personally. Tak tenang hidup, selagi beprasangka buruk terhadap orang lain.


Sekian perkongsian saya kali ini berkenaan Seminar AMP 2014. InsyaAllah ada rezeki, saya pasti akan join Kelas Platinum yang pasti ilmu dan impaknya lebih hebat :)

Link ke video AMP 2014 Highlight: 

http://www.youtube.com/watch?v=R1mpBlo7N78&feature=youtu.be

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut:

http://www.ebookniaga.com/motivasiusahawan


Terima kasih kerana sudi membaca.

Suhardi Jamailudin (adie)

Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

013-4744 146 (call)
017-5980 770 (sms/wassup)


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.



0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my