Social Icons

Thursday 23 January 2014

Kawan Benci Kita Berniaga??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua.

Semoga anda semua semua diberi kesihatan yang tip top untuk terus melakukan yang terbaik di dunia sebagai bekalan di akhirat, insyaAllah.

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah, kerna dengan limpah kurnia dan rahmatnya serta izinNya, saya masih di sini berkongsi suka dan duka, perjalanan hidup sehari2 dengan pembaca sekalian. Semoga pembaca sekalian beroleh manfaat dari perkongsian kali ini. 


[ HURU HARA ]

Huru hara saya selepas status saya di LIKE & di SHARE oleh ramai orang termasuk Mentor kesayangan ramai, Dr Azizan Osman. Begitu juga dengan entry yang lepas berkenaan pengalaman saya menghadiri Seminar AMP baru2 ni, turut di share oleh Admin di Page Alumni Dr Azizan Osman. Maka ramai lah yang pm ucap terima kasih, ucapan tahniah dan ada juga yang nak minta pendapat dan pandangan mengenai bisnes online mereka.


Post berkenaan update blog, yang kemudiannya di share di wall Alumni Dr Azizan Osman



Macam Consultant jugak la semalam... biasanya saya tidur siang selepas lunch, lepas zohor..tapi semalam sebab asyik layan pm..tak tidur jadinya, tapi saya seronok dapat beri tips dan berkongsi cerita motivasi semasa seminar tersebut. The Power of Giving :)

Jadi, hari ni nak kongsi skit apa yang saya share dengan rakan2 yang pm saya minta tips nak buat bisnes online especially bisnes di fesbuk.

 [ KAWAN BENCI KITA BERNIAGA? ]

Dari ramai yang pm smlm, dapat saya simpulkan, ramai yang berminat nak berniaga di fesbuk...mungkin sebab tgk ramai kawan2 yang dah buat duit berniaga di FB.


Ramai yang dah berjaya BUAT duit di fesbuk. Ramai juga yang BUANG duit..!!

Bila start buat tapi tak dapat hasil mula lah nak give up, nak salahkan orang lain, salahkan cikgu, salahkan kerajaan, salahkan pak guard..bla bla bla...habis semua modal hangus. Kena ingat juga berniaga ni, offline ke, online ker...bukan nya dapat hasil dalam sekelip mata tau...kena sabar...ibarat bercucuk tanam....tanam dulu, semai dulu, baja cukup2, jaga elok2, baru dapat hasilnya.

Memang boleh berniaga di fesbuk, JIKA kena caranya. Kalau main tag2 jer kawan2 sesuka hati, mau kena bambu dengan kawan2, kalau kawan yang jenis tak kisah..tak pe lah. Kalau kena yang baran, terus dia sembur kita..tu pun kira ok lagi sebab dia bgtau yang dia tak suka ditag2.

Macam mana kalau jenis kawan yang makan dalam, tak suka ditag2, tapi senyap jer, tak bagitau kita yang dia tak suka kita buat macam tu...memang boleh je dia untagged, habis cerita...tapi lepas tu... slow2 dia jauhkan diri dari kita...slow2 dia tak LIKE status kita yang lain, walaupun status tak menjual... silap2 jumpa depan2 secara live pun dia cabut lari awai2...pernah macam tu?


Tanpa kawan2, meniaga lah sorang2, makanlah sorang2..sedih kan?

So, di sini saya rasa terpanggil untuk share tips yang boleh di gunapakai untuk mulakan bisnes di fesbuk.

1- Tukar pic profile: guna gambar sendiri, dapat macam gambar pasport tu pun ok, pakai blazer pulak tu, nampak pro skit, boleh ambil pic lain jika pic pasport skema sangat :)

Tolong jangan guna gambar binatang, benda, tumbuhan atau lain2 selain pic anda sahaja (atau bergambar dengan orang lain atau posing dengan benda lain, itu takpe), sebab kita nak orang yang pm/sembang dengan kita feel yang dia tengah bercakap dengan manusia, bukannya sembang dengan binatang (jika profile pic kucing :P)

Boleh boleh?


Contoh Profile Picture

2- Tambah kawan FB: kalau ikutkan sifu dan mentor yang saya follow, law nak berbisnes di FB ni...list of fren mesti sekurang2nya 2000-2500 orang. Lagi banyak lagi bagus..maximum 5000 orang (limit FB). Baru la bila kita post something, potensi nak dapat like dan share tu tinggi. In fact, rakan2 FB kita adalah potensi pelanggan kita. Pelanggan lebih selesa berurusan dengan orang yang mereka kenal (lebih2 lagi kalau meniaga online, sebab mereka nk kurangkan risiko ditipu semasa berurusan) So, lagi ramai lagi bagus.

Tapi tengok juga la... kalau meniaga tudung, fren list pulak ramai lelaki, masih bersekolah pulak tu... nak mai sale kot mana kan..? Kena la add kawan2 yang targeted market kita :)

Faham faham?


Rakan FB adalah potensi pelanggan kita. 

3- Selalu aktif online: Kalau nak berniaga online, kena selalu online la kan. Aktifkan diri post perkara yang kita buat sehari2...pergi makan, pergi bercuti, pergi shopping, tgh masak...apa juga aktiviti harian (yang boleh share la, yang tak boleh jangan la ek..)

Kita kena tunjukkan yang kita adalah manusia biasa, jalani kehidupan seperti orang lain juga, baru orang yakin yang kita ni betul2 real human doing real bisnes...bukannya SCAM!!

Betul betul?

Built relatioship. Get trusted..!

Ada satu lagi kaedah berniaga di fesbuk yang ramai tak tahu, boleh apply di  fb personal dan juga apply di Fb page.. konsepnya mudah..dan zero cost. Ianya teknik untuk built kepercayaan seterusnya create jualan tapi dengan cara tak menjual... :p

Bila apply teknik ni, pelanggan akan dengan senang hati nak beri kita duit untuk dapatkan produk/servis kita.

Facebook Marketing Tips at ZERO Cost

Tips tersebut telah dihuraikan dengan panjang lebar, dalam bentuk ebook, lenguh jari kalau nak menaip kat sini..!! Kalau baca, pasti ayat yang terkeluar dari mulut "OOoo macam tu rupanya.."

Jadi, sila download dan sedut ilmu dalam ebook percuma ni:

http://www.ebookniaga.com/ilmupercuma

Dah baca, cuba praktikkan .. teknik2 juga telah digunapakai oleh ramai jutawan online. Ia dah terbongkar, bukan lagi rahsia. Dengan teknik2 ni, hanya masa yang akan menetukan kejayaan seseorang, cepat atau lambat sahaja. Pasti dapat!

Sekian perkongsian kali ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Suhardi Jamailudin (adie)
Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

013-4744 146 (call)
017-5980 770 (sms/wassup)


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my