Social Icons

Tuesday 14 January 2014

Online Coaching

Assalamualaikum, salam sejahtera.
Saya doakan pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat.

Alhamdulillah, syukur pada Allah, Tuhan yang mencipta sekalian Alam.


Selesai sesi menambah ilmu pagi tadi bersama mentor online bisnes saya. 

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana dalam kesibukkan menguruskan perniagaannya yang fokus kepada membantu usahawan online menjalankan perniagaan, sempat lagi coaching anak didik beliau yang sorang ni 



Beliau merupakan seorang bekas Engineer, sekarang menumpukan sepenuh perhatian dalam membantu usahawan berniaga dengan cara yang betul, terutamanya perniagaan online. Beliau specialized in internet marketing: FB, Website, Blog dan sebagainya.

Online coaching jer.. beliau di Puncak Alam, saya di Pasir Gudang... mudah kan. Tak payah keluar rumah 


Online Coaching


Tiap kali sesi coaching berlangsung, banyak ilmu baru dan tips yang dapat saya dari beliau, tak lupa juga ilmu yang lama tetapi sering beliau ingatkan berkali-kali seperti amalan kerohanian dan konsep sharing yang dapat memberi ketenangan dalam kehidupan sehari-hari dan dalam urusan perniagaan, terutamanya part close deal. Supaya kita tak terlalu mendesak dan tidak akan kecewa bila deal tak memihak kepada kita.

Seriously, sejak amalkan amalan kerohanian, saya lebih tenang dalam menjalani aktiviti harian dan juga dalam perniagaan. Apa saya yang datang, saya senyum jer 

Beliau juga memberi keyakinan kepada saya bahawa, berniaga menggunakan platform FB dan blog adalah terbaik dari segi risiko yang rendah, kos paling rendah, dan menepati kehendak dan trend masa kini (internet marketing melalui social media + content marketing).

Coaching kali ini juga membolehkan saya nampak dengan lebih jelas lagi teknik 'jemput-jemput' yang sering diperkatakan oleh mentor2 saya. Mudah sebenarnya bila kita tahu caranya  Lebih2 lagi bila ada mentor untuk beri tunjuk ajar, dan group untuk support kita, lagi la bersemangat.

Semoga ilmu yang dicurahkan dapat saya praktikkan, dan insyaAllah di masa hadapan saya pula akan turunkan ilmu tersebut kepada anak didik saya nanti.

Saya berdoa supaya Allah murahkan lagi rezeki dan memberi kesihatan yang baik kepada beliau sekeluarga, dan juga untuk kita semua.

Jom tambah ilmu, sama2 pandai dalam bisnes.

p/s: Kerana ebook dibawah la, saya dipertemukan dengan group dan mentor2 hebat ini.

www.ebookniaga.com/sorryboss




0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my