Social Icons

Sunday 16 March 2014

New Distribution Training (NDT)

==

Assalamualaikum, salam sejahtera. :)

Alhamdulillah....Hari ini, bertempat di New York Hotel, Johor Bahru, saya dan isteri berkesempatan mengikuti New Distribution Training (NDT) yang dianjurkan oleh Shaklee.

New York Hotel, JB


NDT ni bertujuan untuk memberi penerangan serta gambaran yang lebih jelas kepada Shaklee Independent Distributor (SID) terutamanya yang masih baru dalam bisness ini, tentang syarikat, produk, pelan dan strategi pemasaran.



NDT Poster


Saya personally berpuas hati dengan perjalanan seminar tersebut, dan amat-amat menggalakkan SID untuk menghadiri seminar tersebut, khususnya mereka yang baru mendaftar sebagai SID. Banyak ilmu yang diperolehi. Syukur Alhamdulillah.

Ini kali ke-dua saya dan isteri menghadiri seminar/meeting anjuran Shaklee selepas bergelar SID. Kali pertama menghadiri Business Oppurtunity Meeting di Shaklee Cawangan Johor ada dikongsikan DI SINI

Gambar-gambar di NDT yang kami hadiri:


Sampai 9.45 terus masuk. Yang lain masih breakfast
Kelas nak mula lepas lunch break

Tiket untuk 2 orang

Workbook


Tepat jam 10.00 pagi kelas bermula.

Mula saja kelas, Puan Sharifah suruh bangun...nak senaman sikit... sebab muka sorang2 nampak mendung jer katanya... wahh..best ni ..kena bara bara bere bere ni!! Teruja dah ni..

Sekali buat senaman ' Satu Shaklee' daa.. macam mana? Hmmm... Tak tau nak explain macam mana. Tapi senaman tu sikit sebanyak dapat mengilangkan muka2 mendung tu dan sedikit alert/pick-up sebab senaman tu memerlukan kedua-dua tangan bergerak melakukan pergerakan berlainan dalam satu masa.. :) Kalau nak tahu..pergi la NDT..haha

Satu pesanan Puan Sharifah sebelum beliau mula kelas yang saya ingat adalah:

' Bila kita masuk kelas, atau hadiri mana-mana seminar atau majlis ilmu, kita kena kosongkan minda kita.. supaya ilmu baru yang akan diberikan nanti dapat masuk dalam kepala kita.... Ibarat mengosongkan cawan supaya dapat diisi dengan air '

Antara yang dikongsikan adalah, secara ringkas je la ek..

1- Kenapa perlu berubah. Gaji RM2500 sekarang ni dah tak cukup. Kalau cukup pun, tiada simpanan!
2- Perlu SALURAN PENDAPATAN yang bekerja untuk kita.
3- Berniaga secara konvensional perlukan MODAL yang besar. RISIKO tinggi.
4- Peluang perniagaan dengan Shaklee menawarkan Cash, Car & Convention (3C)
5- Konsep MUDAH: Guna --> Faham --> Kongsi
6- Pelan Pemasaran
7- Bagaimana bermula : Jurus 8 Langkah
8- Tips Pemasaran Offline. Puan Sharifah ni pakar pemasaran offline :) macam mana nk bridge dengan prospek, cara cakap dan pospecting yang betul, closing dan bnyk lagi.
9- Duplicate apa yang orang berjaya buat.
10- Capai ranking Master dalam masa 8 bulan bukan lagi mustahil. Ada yang dah buktikan. Cth: Master Wan Muliani, naik rank setiap bulan sehingga capai Master.
11- Ramai buat Shaklee bermaksud ramai orang tolong kita promote Shaklee :)
12- Tulis impian. Lekat di dinding, dlm Dream Book atau Vision Board. Lagi jelas & specific, lagi bagus!
13- Perlu banyak berkorban untuk permulaan bisnes ni.
14- Berikan tempoh setahun untuk all out dalam Shaklee, insyaAllah ,lepas setahun boleh relax skit..
15- Semua master yang berpendapatan 5-6 angka bermula macam orang lain. Sabar dan lalui sahaja.
16- Hadir Master Celebration jika ada peluang. Amik aura, amik feel, bakar semangat.
17- Bisnes kad Shaklee mesti ada walaupun fokus banyak pada online. Potential client ada disekeliling kita. Masih ramai yang tak tahu pasal Shaklee.
18- Do & Dont dlm bisnes Shaklee. Peringatan dari syarikat. Tindakan SEDANG diambil.
19- Tindakan suspend acc jika terbukti buat salah. Rugi woo tak dapat bonuss...
20- JANGAN BERPRASANGKA terhadap prospek
21- Shaklee Malaysia berkembang lebih dari 1000% sejak 5 tahun lepas.

Demikianlah antara perkongsian yang dapat saya senaraikan dalam entry kali ini. Sebenarnya banyak lagi point2 penting yang diberikan oleh Puan Sharifah, join la NDT kalau nak tau..hehe.

RM40 je pun... makan 3 kali !

Satu lagi ayat POWER beliau yang saya ingat adalah.. "kekuatan Shaklee adalah pada produknya yang berkesan dan syarikatnya yang dah lama bertahan dan semakin berkembang sejak 1956, dan sudah 20 tahun di Malaysia.. syarikat tak pernah TIPU kita, kita sahaja yang tipu diri sendiri dengan tidak berusaha bersungguh-sungguh"

Sebelah petang juga Puan Lina (jika tak silap) ada sharing pengalaman beliau berbisnes Shaklee ni, beliau juga bersusah payah, ketawa nangis sewaktu bermula dulu...itu semua perkara biasa..sekarang rank Key Coordinator, bonus terbaru bulan lepas 5 angka (RM17K) dan car bonus RM2k lebih. Orangnya simple sahaja :)

Sharing session

Kelas habis jam 5.30 ptg, kemudian penyerahan sijil dan juga sesi group photo. Tak sempat ambil group photo, bateri hp kami berdua dah kong.. Nanti kalau dah ada yang upload, saya tambah di sini yer :)

Seronok dan bersemangat selepas menghadiri NDT. Harap dapat kekalkan semangat dan momentum untuk all out sepanjang tahun 2014 ni. InsyaAllah.

Doakan kami yer :)

Sekian, entry kali ini. Semoga bermanfaat :)

Terima kasih kerana membaca.

==========================

Hubungi saya untuk FREE CONSULTATION tentang suplemen yang sesuai serta cara makan yang berkesan untuk anda dan keluarga anda.

Suhardi Jamailudin (adie)
Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
017-598 0770 (SMS/WhatsApp/Telegram)

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara PERCUMA, sila download ebook percuma di link berikut.
Ebook ini juga bakal mendedahkan anda kepada cara bagaimana menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah, sama seperti yang saya lakukan sekarang.


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tip-tip ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara anda yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.






0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my