Social Icons

Thursday 6 February 2014

Tip Tingkatkan Keyakinan Diri

Bismillahirramanirrahim...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog adishasha.com

Kali ini saya ingin berkongsi satu artikel dengan pembaca semua berkenaan cara meningkatkan keyakinan diri. Seperti yang kita sedia maklum, keyakinan diri adalah tunjang dalam menentukan penampilan diri kita di khalayak ramai, juga sebagai asas dalam melakukan apa jua tindakan dan kerja yang diamanahkan kepada kita. 


Keyakinan diri yang tinggi sangat2 membantu kita mencapai matlamat kita.

Alright! Berikut merupakan 7 langkah utama atau cara-cara bagaimana anda dapat membina atau meningkatkan tahap keyakinan diri anda.

1. Bina Prinsip 
Hidup yang Mantap

 Antara prinsip-prinsip hidup yang boleh anda pegang adalah:  
  • "Saya yakin saya boleh!"
  • "Dapat mencapainya kerana kemahuan tahap gaban."
  • "Yakin kerana cemerlang persiapan!"
Prinsip-prinsip atau moto-moto tersebut kesemuanya bertujuan  untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri anda agar anda menjadi lebih berani menghadapi cabaran-cabaran hidup dalam mencapai kejayaan. Lebih mantap prinsip atau moto hidup yang anda pegangi, lebih yakinlah anda melangsungkan kehidupan anda.


Choose your motto, say it loud & clear

Oleh itu, binalah prinsip-prinsip hidup yang positif lagi mantap untuk menyuburkan keyakinan diri anda agar anda akan lebih berjaya dalam kehidupan anda.

2. Tetapkan Matlamat Hidup Anda

Matlamat-matlamat adalah antara sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju dan peningkatan keyakinan diri seseorang.Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup adalah seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan samar yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan kehidupannya.

Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup anda sejelas yang mungkin agar anda akan dapat meniti kehidupan anda dengan lebih baik dan teratur. Dengan mempunyai hala tuju serta matlamat hidup yang jelas anda akan menjadi lebih fokus, lebih yakin dan lebih berjaya dalam mencapai kejayaan kehidupan anda - dunia serta akhirat.


Contoh Mission Board yang boleh dibuat

3. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat Anda

Mempunyai matlamat-matlamat yang jelas memang amat penting untuk memperteguhkan keyakinan diri. Namun, tanpa perancangan atau pelan tindakan untuk mencapai kejayaan, sesuatu matlamat hanya akan menjadi angan-angan. Dengan mempunyai pelan tindakan dan persiapan jitu iaitu memikir, merancang dan melaksanakan bagaimana dan bila setiap matlamat anda mesti dicapai, keyakinan diri anda akan menjadi lebih mantap dan ini akan membolehkan anda mencapai matlamat-matlamat yang anda telah tetapkan dengan lebih cemerlang serta mungkin lebih awal.

Buat tindakan walaupun sedikit, ok!

4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu Pengetahuan Anda

Ilmu pengetahuan adalah antara sumber-sumber utama kepada pembangunan diri seseorang.  Semakin tinggi atau semakin banyak ilmu pengetahuan yang seseorang miliki, bukan sahaja akan semakin tinggi nilai seseorang itu tetapi juga akan dengan sendirinya meningkatkan keyakinan dirinya. Jika anda mempunyai tahap imu pengetahuan yang tinggi tentang selok-belok pekerjaan anda, sudah pastilah anda akan bertambah yakin diri serta lebih kompeten melaksanakan tugas-tugas anda.


Tambah ilmu pengetahuan setiap masa

Oleh itu, dengan sentiasa meningkatkan tahap ilmu pengetahuan khususnya dalam perkara-perkara yang anda perlu ketahui atau kuasai, anda dengan sendirinya melakukan sesuatu yang mengarah kepada peningkatan keyakinan atau kemampuan diri anda. Membaca buku-buku, menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar, bercambah idea-idea dengan rakan-rakan serta membuat lawatan ke tempat-tempat menarik untuk meningkatkan pengetahuan tentang tempat itu adalah antara langkah-langkah cemerlang yang anda boleh lakukan untuk memperkayakan ilmu pengetahuan anda.

5. Sentiasa Tingkatkan Kemahiran-Kemahiran Anda


Kemahiran-kemahiran adalah juga antara sumber-sumber utama kepada  pembangunan diri seseorang. Semakin tinggi atau banyak kemahiran yang anda miliki, semakin meningkatlah keyakinan diri anda. Seseorang yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi sudah pasti akan kurang malah mungkin tidak yakin atau tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas yang dimanahkan dengan cemerlang. Tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam bidang pengucapan awam misalnya adalah salah satu sebab mengapa seseorang tidak yakin berucap di hadapan audiens. Antara cara berkesan yang perlu dilakukan untuk mengatasi ketidakyakinan sebegini ialah dengan mempelajari secara serius setiap aspek pengucapan awam sehinggalah kemahiran pengucapan awam itu menjadi sebati dalam diri kita.


Begitu juga dengan kemahiran yang tidak kurang PENTING nya.

6. Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri Anda

Kesihatan diri amat mempengaruhi keyakinan diri seseorang. Jika kesihatan diri kita kurang baik, badan kita akan menjadi lemah - fikiran juga akan turut menjadi kusut. Ini akan menjejaskan keyakinan diri kita. Jika kesihatan diri kita baik, badan akan menjadi lebih cergas manakala minda kita pula menjadi lebih cerdas; kita akan menjadi lebih bermaya dan keyakinan diri akan meningkat. 

Oleh itu, usaha menjaga dan memastikan tahap kesihatan diri kita  agar sentiasa dalam keadaan cemerlang adalah seiring dengan usaha memantapkan keyakinan diri sendiri.  Membina tabiat berfikiran positif, menjaga kualiti pemakanan, tidur secukupnya / rehat (7-9) jam sehari serta mengamalkan pergerakan fizikal / senaman setiap hari (10 minit - 2 Jam) serta mendapat rawatan yang sewajarnya dari pakar-pakar perubatan apabila diperlukan adalah antara perkara-perkara yang harus kita amalkan untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri kita sentiasa dalam keadaan terbaik.


Kesihatan kunci kepada segalanya

7. Tingkatkan Kualiti Penampilan Diri Anda


Apa pun juga keadaan fizikal diri anda jika anda sentiasa bersyukur dan berfikiran positif serta menjaga penampilan diri dari dalaman serta  luaran, anda akan tetap merasa diri anda amat bernilai. Dengan sentiasa berfikiran positif dan bersyukur, anda akan lebih menghargai dan menyayangi diri anda serta juga orang lain, di samping sentiasa beryukur kepada Allah. Dan, sudah pastilah juga anda akan lebih yakin diri jika anda dapat membina dan menampilkan imej terbaik diri anda. Menjaga dan mencemerlangkan ketrampilan diri anda bererti juga anda menjaga kesihatan, kebersihan dan kekemasan diri, menjaga kebersihan dan kekemasan tempat kerja anda, rumah anda, kenderaan anda dan sebagainya. 

Positive thinking & be grateful


Kesimpulan

Keyakinan diri adalah berpaksi dalam diri anda. Anda perlu  menjananya. Ia perlu disuburkan. Anda perlu yakin pada diri sendiri dahulu sebelum mendapat keyakinan orang lain terhadap diri anda. Anda mestilah menanamkan kualiti-kualiti yang hebat pada diri anda. 

Believe in Yourself first, then people start believe in you

Ketujuh-tujuh langkah  yang  kita bincangkan di atas insya-Allah boleh membantu melonjakkan keyakinan diri anda. Ingatlah bahawa anda adalah peneraju kejayaan diri anda sendiri. Kalau anda fikir anda boleh, anda memang sebenarnya BOLEH! Keyakinan yang meningkat pada diri anda akan membuatkan anda lebih berkebolehan untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kejayaan anda.

sumber

All the best!

Sekian, sharing kali ini. Thnx for reading :)

========================================
Hubungi saya untuk FREE CONSULTATION tentang suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga anda.

Suhardi Jamailudin (adie)
Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
 017-598 0770 (sms/wassup)

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara PERCUMA, sila download ebook percuma di link berikut.
Ebook ini juga bakal mendedahkan anda kepada cara bagaimana menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah, sama seperti yang saya lakukan sekarang.


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tip-tip ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara anda yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.



0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my