Social Icons

Monday, 13 January 2014

Buah Hati Pengarang Jantung

Assalamualaikum, salam sejahtera pembaca sekalian.

Entry kali ni, saya nak kongsi skit berkenaan buah hati pengarang jantung kami, iaitu anak perempuan kami, Qaisara Sorfina Shasha bt Suhardi, 6 tahun.


polkadot
Tujuh Tahun Dah

Tahun 2014 ni genaplah 7 tahun usia perkahwinan saya dan isteri, kalau ikutkan tarikh, kami diijabkabulkan pada 23hb Feb 2007 di Masjid Taman Pelangi, Johor Bahru. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut banyak kisah suka duka kami kongsi bersama, dan dalam melalui kisah2 tersebut, kami lebih mengenali hati budi dan tabiat masing2, dari sekecil2 perkara hingga ke yang lebih besar.

Macam tak percaya ja, saya balik menetap di Johor, sekarang ni seminggu ada la 3-4 kali saya solat jemaah di Masjid Taman Pelangi tu, kadang2 solat Jumaat. Hebat betul perancangan Allah, kan? Tiap kali melangkah masuk ke masjid ni saya akan terkenang kembali saat2 yang mendebarkan tatkala saya berjabat tangan dengan tok kadi , Imam Ayob, saya masih ingat nama beliau, muda, hensem orangnya. Beliau pun mudah orangnya, tak banyak bersoal jawab. Mau pecah peluh jugak kalau tok kadi duk tanya macam2 :)

Thursday, 9 January 2014

PELUANG

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Setiap hari sama ada kita sedar atau tidak, banyak PELUANG yang datang dan terhidang. Ia seumpama bas yang datang melalui depan mata kita. Tinggal nak naik dengan tak naik je bas tu.. :)

Begitu juga dengan peluang2 perniagaan.

Celik Bisnes

Orang bisnes pasti akan dapat melihat peluang2 tersebut (peluang ni kadang-kadang tak dapat dilihat oleh orang biasa yg bukan berjiwa bisnes), dan mereka akan mengkaji dan menilai setiap peluang tersebut dan membuat pertimbangan dan pengiraan, seterusnya membuat keputusan sama ada untuk manfaatkan peluang tersebut atau melepaskan ia berlalu pergi atas alasan penilaian tadi.

Business Opportunity Meeting (BOM)

Baru2 ni kami ada menghadiri satu BOM yang dianjurkan oleh sebuah syarikat produk kesihatan. Kami dapat maklumat BOM tersebut dari rakan wassup. Bertempat di Taman Molek, Johor Bahru. Bermula jam 8.30 mlm hingga 10.00 mlm (10.30 baru habis, sbb start lambat skit)

Majority wanita yang hadir, ramai yang muda jelita..hehe, ada juga pasangan suami isteri yang membawa anak masing2 seperti kami...

Penerangan di sampaikan oleh Puan Sharifah yang merupakan Business Dev. Exec (kalau tak salah la.. lupa plak) di syarikat tersebut.


Speaker of The Day, Puan Sharifah


Antara yang hadir, majority wanita


Extra Income


Permulaannya, hadirin dihidangkan dengan fakta tentang pendapatan & ekonomi semasa di Malaysia, yang mana secara purata setiap rakyat Malaysia mendapat gaji sebanyak RM2500 sebulan. Banyak tak? dalam keadaan ekonomi sekarang ni, dalam kenaikan harga hampir kebanyakkan barang dan perkhidmatan, boleh survive tak dengan gaji sebanyak tu? Cukup? Tak cukup? atau cukup2?

Tambahnya lagi tahun 2014 dikatakan Tahun Naik, sebab banyak harga barang & perkhidmatan akan naik!

Bersedia kah kita?

Mahu tak mahu, rakyat Malaysia hari ini perlu ada penambahan pendapatan, agar selari dengan kenaikkan perbelanjaan dari hari ke hari.

Buat lah apa saja untuk dapatkan tambahan dalam pendapatan: meniaga kecil-kecilan, tawarkan service.. asalkan yang halal :)

Online Business

Puan Sharifah juga menyatakan antara jenis perniagaan yang boleh dimulakan, yang berisiko rendah, mudah dan modal yang rendah (kadang2 zero modal) adalah PERNIAGAAN INTERNET ( ONLINE BUSINESS).

Bila ada ilmu, baru kita tahu, sebenarmya nak memulakan sesuatu perniagaan, modal bukanlah perkara utama yang diperlukan, sebaliknya modal diri sendiri dan ilmu perniagaan itu sendiri yang menjadi teras dan tunjang kepada kejayaan perniagaan tersebut.

Kami sendiri pernah memulakan perniagaan dengan modal RM3K (produk kecantikan dan pelangsingan) RM30K (Pusat Internet) RM50K (pump modal masuk bisness Pusat Internet) sebelum ni.... jadi apa salahnya kami dengar pula peluang perniagaan yang modalnya tak sampai RM100.

Pesan Mentor saya, bisnes yang baik bermula dengan modal yang kecil dan kemudian berkembang menjadi perniagaan yang besar.

Kaji Syarikat dan Produk

Selesai penerangan BOM tersebut, kami sedar, ini mungkin peluang yang baik kerana ianya adalah jenis perniagaan yang sedang kami jalankan: niche kesihatan & business online.

Syarikat pun dah 57 tahun di US, baru 20 tahun di Malaysia. Produk pulak berkesan, ramai yang berpuas hati dengan keberkesanannya.

Sesuatu yang mengejutkan, di Malaysia, syarikat ini telah berkembang 1000% sejak 5 tahun yang lalu. Kami percaya faktor utama yang mendorong peningkatan yang mendadak tersebut adalah dengan adanya teknik pemasaran yang digunakan sekarang, iaitu Internet Marketing & Social Marketing.

Kalau syarikat ni dah bertahan selama 20 tahun, tiada masalah untuk terus maju untuk 20 tahun akan datang kan..?


Memilih SYARIKAT yang betul lebih penting dari USAHA anda.


Perkongsian dari Puan Salwa yang menjalankan bisnes ini secara online

Apa yang penting, kaji dan nilai peluang yang terhidang.

Sama2 kita nantikan :)

Sekian entry kali ni, terima kasih kerana membaca.

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut:
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adishasha

Suhardi Jamailudin (adie)

Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

013-4744 146 (call)
017-5980 770 (sms/wassup)


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.






Info Sihat - Tidur Siang

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Harap semua sihat saja.

OK. Bermula dari hari ini, saya akan kongsikan berkenaan kesihatan. Saya namakan entry tersebut sebagai Info Sihat - (Tajuk info hari tersebut)

Jadi, untuk hari ni post yang pertama Info Sihat, saya memilih tajuk Tidur Siang.


Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Nap

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Terima kasih kerana membaca.

sumber:
DetikIslamBlogspot

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut:
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adishasha

Suhardi Jamailudin (adie)

Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

013-4744 146 (call)
017-5980 770 (sms/wassup)


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.



Nak Mula Bisnes?

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Tips Memulakan Bisnes

Entry kali ini saya nak kongsikan berkenaan memulakan perniagaan. Kepada pembaca yang berminat nak mulakan bisnes sendiri, tips2 berikut boleh dijadikan panduan dalam meneruskan niat anda yang murni itu :)

Tips ini dikongsikan oleh Mentor Perniagaan, Puan Ainon Mohd. Saya ulang siar di sini sebagai panduan kita bersama.

Jangan terjun ke dalam dunia bisnes dengan membuka bisnes yang mempunyai ciri-ciri di bawah ini:

1. Bisnes itu modalnya besar, sampai kita terpaksa gunakan semua wang simpanan kita. Sebagai contoh, kita bersara lalu kita gunakan semua wang KWSP untuk membuka bisnes.

2. Jangan meminjam duit modal bisnes sampai kita terpaksa mencagarkan hartanah kepada bank. Ingat 93% semua bisnes ditutup dalam tempoh 3 tahun selepas dibuka. Nanti bisnes gulung tikar, hartanah pula dilelong oleh bank.

3. Jangan meminjam duit adik beradik ataupun kaum keluarga. Nanti sudahlah bisnes kita tutup, bergaduh pula dengan adik beradik dan ipar-duai.

4. Jangan menyewa kedai. Gagal membayar sewa kedai adalah punca utama bisnes kita terpaksa ditutup.

5. Jangan buat bisnes yang skillnya tidak ada pada kita. Jangan buka kedai makan kalau kita tidak pandai masak. Nanti tukang masak lari, kita terpaksa tutup kedai.

6. Jangan buka bisnes francais. Francais memaksa kita membuat pinjaman bank dan menggadaikan hartanah.

7. Jangan buka kilang. Kos membuka kilang sangat tinggi. Ia memaksa kita membuat pinjaman bank.

8. Jangan buat produk terkilang. Kos membuat produk terkilang adalah sangat mahal. Ia memakasa kita membuat pinjaman bank.

Yes, 9/10 punca rezeki adalah daripada PERNIAGAAN tetapi harus juga diingat, 9/10 perniagaan yang dimulakan akan tutup selepas tiga tahun.


Bisnes yang bagus sebagai bisnes pertama:

1. Modalnya kecil. Kalau lingkup, tangan kita tidak terbakar. Kita dapat bangun semula dengan mudah.

2. Kita mempunyai skill yang diperlukan.

3. Dapat dibuat dari rumah dahulu, sebelum kita pindah ke kedai.

4. Dapat kita buat bisnes itu sendiri-sendiri. Kemudian, apabila bisnes sudah berkembang, baru ambil pembantu.





Saya amat bersetuju dengan pandangan penulis berkenaan bisnes yang bagus untuk dimulakan sebagai bisnes pertama.

Berikut antara perniagaan yang boleh anda mulakan dari meja makan rumah anda, mengikut ilmu dan kepakaran masing-masing:


Juru runding perniagaan
Perkhidmatan simpan kira syarikat (akaun)
Perkhidmatan kesetiausahaan
Perkhidmatan recycle (kitar semula)
Clipping service
Collection service
Perkhidmatan faks
Membuat promosi
Juru gambar
Katering
Merawat bunga / tanaman
Broker maklumat
Data sekuriti
Data masuk
Perunding perisian komputer
Guru komputer
Deejay secara kontrak
Promoter jualan
Broker cetakan
Broker hartanah
Broker kenderaan
Mencuci pangsapuri
Hiasan dalaman / Pengubahsuaian rumah
Ejen lelongan / jualan
Melukis papan iklan
Pengacara
Membaiki paip
Membaiki peralatan elektrik
Menaip
Menjahit
Menggubah bunga
Seni mengandam
Mengajar tusyen
Guru masakan
Menjual lauk pauk
Menjual sarapan pagi
Menyewakan bunga-bungaan
Menyewakan pita video
Guru fotografi
Guru jahitan
Guru sulaman / mengait
Guru musik
Guru nyanyian
Guru agama
Guru quran
Ketabiban
Rawatan tradisional
Mendandan rambut
Servis menjawab telefon
Seminar mutu diri
Membaiki motokar
Membaiki motosikal/basikal
Juru runding kewangan
Menyewakan bilik
Perunding perkahwinan
Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga
Menyewakan kenderaan
Mencari barangan antik
Jualan secara parti di rumah
Menjual melalui telefon
Perkhidmatan telefon jarak jauh
Perunding pelancongan
Menghantar barang
Membuat cop getah
Mencetak t-shirt
Membuat perabot
Membuat barangan kraf
Membuat kuih muih
Membuat biskut dan pastri
Melukis
Membuat grafik
Membaiki jeans dan pakaian
Membuat dan menjual aksesori wanita
Membuat dan menjual butang, lencana
Menjual cenderahati
Membuat pagar kayu
Menjual kayu api
Menjadi ejen import eksport
Menjual buah-buahan kampung
Menjual sayur-sayuran
Menjual ikan peliharaan
Melukis pelan rumah / bangunan
Menulis buku
Menulis novel
Menulis surat berita / newsletter
Pemberita bebas
Melukis kartun
Menulis artikel
Agensi pekerjaan
Agensi takaful atau insuran kenderaan / lesen / cukai jualan
Menulis surat rasmi
Mengisi borang rasmi
Menulis petisyen
Menerbitkan panduan hartanah
Typesetting
Penterjemah
Proofreading
Editor

Nah sekarang, banyak tak perniagaan yang boleh dimulakan dengan modal yang rendah dan hanya dari rumah. 

Bisnes apa yang sesuai dengan anda? Hanya anda saja yang tahu :)


Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut:
Sekian. Terima kasih kerana membaca.

Suhardi Jamailudin (adie)
Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim
013-4744 146 (call)
017-5980 770 (sms/wassup)


Sumber:
Puan Ainon Mohd
Ideaunik.wordpress



Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.

Sunday, 5 January 2014

My Story

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Nama saya Suhardi Jamailudin, berasal dari Kampung Penaga 2, Kepala Batas, Pulau Pinang. Anak ke-3 dari 4 orang adik beradik hasil perkongsian hidup Haji Jamailudin Bin Ismail dan AllahYarham Maznah Binti Md. Isa ( minta jasa baik sedekahkan Al-Fatihah).

Saya kini menetap di Taman Air Biru, Pasir Gudang bersama keluarga ( isteri, Shaqrina Shasha dan seorang anak perempuan Qaisara Sorfina Shasha, 6 tahun) dan juga mertua, Encik Shokri Mahat & Puan Shahrizad Ami.



Saya merupakan seorang Peniaga Online sepenuh masa, yang menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran, untuk memasarkan produk kesihatan & kecantikan. Dengan fenomena Facebook Marketing sekarang, saya yakin untuk terus menjalankan perniagaan ini. Kisah peniaga di Facebook yang mendapat untung puluhan ribu sebulan bukan lagi cerita dongeng. 

Zaman Makan-Kerja-Tidur

Saya yang dulu adalah seorang yang jarang membuat keputusan (kebanyakkan keputusan dalam hidup saya ditentukan oleh orang tua saya, mungkin sebab tu saya tidak terdedah dengan tanggungjawab membuat keputusan dalam satu2 perkara), tak gemar bincang masa depan, tiada matlamat dan tujuan hidup.

Sehinggakan saya pernah bekerja sebagai pemandu lori dan bas sekolah setelah tamat pengajian dari universiti...sebab apa? Sebab saya tak betul2 plan, tak betul2 target apa yang saya nak buat selepas tamat belajar. Saya just go with the flow..saya biar orang lain buat keputusan untuk saya... :(

Kemuncak zaman Makan-Kerja-Tidur adalah semasa saya menjalankan perniagaan Pusat Internet (cyber cafe). Pada masa itu saya betul2 menjadi hamba kepada bisness saya. Buka kedai 9.00 pagi hingga 11.00 malam...7 hari seminggu! Lupa pada Tuhan, lupa pada saudara mara, lupa pada jiran2, lupa pada kawan2, lupa pada masyarakat. Saya hanya nampak peluang buat $$$.

Bisnes baik pada permulaannya, dapat sambutan yang menggalakkan pada tahun pertama hingga tahun ke-3. Tetapi disebabkan saya tiada matlamat dan hala tuju perniagaan serta tiada ILMU pengurusan perniagaan yang betul, lama kelamaan bisnes makin slow.

Masuk tahun ke lima, bisnes betul2 tenat, walaupun telah cuba diselamatkan berapa kali. Sehingga ada masanya saya terpaksa berhutang dengan adik beradik untuk bayar bil, ada masanya juga untung bisnes online secara part time pulak digunakan untuk menampung kos operasi kedai. Dan disebabkan tiada SISTEM perniagaan yang betul, walaupun ada pekerja, tetapi kebanyakkan kerja perlukan kehadiran saya. Saya betul2 terperangkap dalam bisnes saya sendiri.



Turning Point

Akhirnya, pada Jun 2013, saya terpaksa letgo bisnes tersebut, nasib baik ada pembeli yang berminat nak take over semua sekali. Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan saya masa tu, macam terlepas BEBAN yang amat sangat. Dengan duit pembelian tersebut, saya settle semua bil2 tertunggak, tetapi pinjaman perniagaan masih berbaki dan masih perlu dibayar sehingga sekarang.

Terasa SEDIH juga, penat lelah selama beberapa tahun membangunkan bisnes tersebut, kemudian diambil alih oleh orang lain begitu sahaja.

Tapi saya NEKAD untuk berubah. Cukup-cukuplah saya menjadi hamba kepada bisnes sendiri. Bukan kehidupan seperti ini yang saya mahukan!

Setelah settle semua tunggakan, ada la baki sikit untuk saya memulakan bisnes yang baru, dan saya memilih untuk fokus bisnes online yang telah saya mulakan sebagai part time.

Bisnes Online.
Tak perlu modal besar.
Tak perlu premis/kedai.
Tak perlu pekerja.
Tak perlu buka/tutup kedai. Kedai sentiasa OPEN :)

Jualan dari bisnes online juga jauh lebih baik dari pendapatan Pusat Internet yang pada masa tu.
Bermulalah kehidupan saya sebagai Peniaga Online sepenuh masa. Selepas settle owner baru take over bisnes tersebut, saya dan keluarga berpindah ke tempat kelahiran isteri, Pasir Gudang, Johor.

Ikon Usahawan Bumiputera

Dalam saya menjalankan bisnes online, khususnya di Facebook, saya terbaca mengenai Dr.Azizan Osman, Pakar Pemasaran No.1 Asia. Saya pun follow group/page beliau, membaca buku2 beliau, juga pernah mengikuti seminar2 PERCUMA anjuran syarikat beliau.

Saya mula mengikuti beliau sejak Nov 2012 lagi. Seminar percuma pertama yang saya hadiri bersama isteri adalah Seminar Jutawan Industri, di Sunway Convention Centre, Seberang Jaya. Pengisian seminar tersebut betul2 merubah tanggapan saya terhadap dunia keusahawanan: kenapa kita perlu berniaga? Kenapa kita perlu kaya?

Setiap kali seminar, beliau berkongsi kisah jatuh bangun beliau dalam perniagaan dari dahulu sehingga berjaya seperti sekarang. Pada saya, semua usahawan Melayu khususnya perlu mencontohi beliau, berjaya dalam perniagaan dan kemudian bersedia membantu orang lain pula untuk berjaya dalam perniagaan.



Dengan mengikuti beliau, saya banyak terdedah dengan erti perniagaan itu sendiri, dapat ubah mind set tentang perniagaan, matlamat perniagaan yang sebenarnya dan banyak lagi ilmu2 tentang perniagaan. Beliau juga memperkenalkan kaedah M.E.S.T.I yang perlu ada pada diri seorang usahawan jika ingin berjaya.

M = Mentor
E = Emosi + Ilmu
S = Sistem
T = Tindakan
I = Impian

Dari situ saya banyak menghadiri seminar2 untuk mendapatkan ilmu berkaitan facebook marketing, disebabkan saya memang menjalankan perniagaan melalui facebook.

Walaupun agak lama saya follow Dr.Azizan Osman serta seminar2 beliau yang saya hadiri, tetapi saya masih blur, masih tiada Mentor untuk dituruti, kekurangan kuasa tindakan dan akhirnya momentum bisnes online semakin slow. Kembali kabur dan samar2 dalam hala tuju bisnes online saya ni.

Saya kembali tertekan. Tapi kali ini saya betul2 berdoa pada tuhan dan berserah padanya, agar suatu hari nanti Dia akan hadirkan pada saya MENTOR untuk membimbing saya, dengan SISTEM perniagaan yang terbukti berkesan. Tiap kali lepas solat, saya berdoa minta perkara tersebut.



Terima Kasih ALLAH

Ya betul. Permintaan saya dimakbulkan. Terima kasih Allah.

Saya terbaca kisah beliau (Mentor) dalam facebook alumni Dr.Azizan. Beliau merupakan antara testimoni kejayaan terbaru program keusahawanan Dr. Azizan. Dikongsikan bagaimana beliau mengamalkan ilmu pemasaran yang diajar oleh Dr.Azizan sehingga pendapatan perniagaan beliau berlipat kali ganda. Rupanya Mentor ini adalah salah seorang Friendlist Facebook saya :)

Beliau juga mengaplikasikan ilmu dan teknik yang sama kepada isteri beliau, sehingga isteri beliau 'terpaksa' berhenti kerja kerana bisnes nya meletop2. Saya sungguh teruja untuk belajar dengan beliau dan isterinya. Setelah menyuarakan hasrat saya untuk berguru dengan mereka, saya diperkenalkan lagi dengan seorang mentor yang akan membimbing saya secara lebih detail. Saya juga diperkenalkan kepada kumpulan mereka yang terdiri dari ramai usahawan yang telah berjaya, dan juga yang masih baru seperti saya. Semuanya positif2 belaka.

Allahuakhbar, alhamdulillah.

KINI, saya amat2 positif dalam apa jua keadaan dan dugaan yang datang. Saya berasa sungguh bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka2 ini. Pesan Dr.Azizan, Mentor yang baik bukan sahaja mengajak kepada keuntungan dunia, malahan mengajak kepada keuntungan akhirat. Itulah yang ditekan oleh mentor2 dan rakan usahawan saya sekarang.

Kita berniaga kerana Allah, kerana sunnah, kerana nak membantu orang ramai, kerana nak menyelesaikan masalah orang ramai. Yakinlah rezeki itu datang dariNya. Saya yakin, saya berguru dengan orang yang betul, saya juga yakin saya berada dilandasan yang betul untuk memulakannya sekali lagi. Gagal sekali tak bererti gagal selamanya. Orang yang berjaya pasti pernah gagal.

Yang pasti saya lebih bersedia untuk permulaan kali ini. Dengan adanya Elmu dan Sistem yang akan dibimbing oleh Mentor, saya hanya perlu buat dengan Tindakan untuk mencapai Impian yang telah saya tetapkan.

Sekian perkongsian kisah saya.

Terima kasih kerana sudi membaca

Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut:
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adishasha

Suhardi Jamailudin (adie)

Shaklee Independent Distributor
ID: 1089730
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

013-4744 146 (call)
017-5980 770 (sms/wassup)


Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.










 

Blogger news

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Blogroll

About

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my