Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Saya doakan semua pembaca dalam keadaan sihat2 belaka dan sangat2 gembira dengan apa yang anda usahakan :)
OK. Entry kali ni saya nak share berkenaan jenis-jenis perniagaan online yang boleh kita mulakan, baik dengan modal ataupun tanpa modal, maksud saya modal wang ringgit. Paling penting kena ada MODAL ILMU dulu.
Jom kita lihat:
[ Jenis Perniagaan Online ]
1- Menjual produk fizikal
Produk fizikal ialah produk yang di jual di kedai biasa atau di kilang tetapi di pasarkan secara online. Contoh bahan perubatan, vitamin, pakaian, alat telekomunikasi, makanan, barangan wanita, buku, majalah, VCD, DVD, dan sebagainya.
![]() |
Contoh Produk Fizikal |
2- Menjual produk digital
Contoh produk ebook, program komputer, template web dan blog, dan lain-lain, produk ini hantar melalui email. Ini adalah antara bisnes online yang banyak di buat oleh usahawan internet. Buat ebook dan jual. Buat software dan jual. Jual ebook PLR dan sebagainya.
3- Produk perkhidmatan
Tawarkan servis pengiklanan (rundingan atau perlaksanaan), servis design, website dan blog, fanpage, dan sebagainya.
![]() |
Servis yang semakin meningkat permintaan: Personal Coaching |
4- Bisnes Online tanpa modal
Dalam perniagaan di internet anda boleh bermula walaupun anda tiada produk nak jual, tak ada modal atau tiada kepakaran nak buat servis. Saya mula niaga di internet hanya menjual produk orang lain. Sekarang pun masih jual produk orang lain.
![]() |
Mulakan bisnes dengan TANPA MODAL RM |
Ada 2 cara yang selalu orang buat apabila kita tiada modal besar atau kita bukan pakar.
1. Jual produk fizikal atau digital melalui program agen affiliate.
Sistem affiliate ialah sistem yang dibina oleh pemilik webjualan untuk melantik agen secara automatik dan agen akan mendapat web sendiri sama seperti web pemilik asal dengan kod link agen yang daftar. Agen affiliate akan dapat komisen apabila pembeli membeli melalui link ref nya. Menarik tak. Tugas anda hanya promosi sahaja.
![]() |
Affliate Marketing melibatkan Produk Digital |
2. Agen Dropship
Maksudnya anda promosi produk pemiliik asal, anda urus promosi, anda terima bayaran atas harga pasaran, kemudian anda bayar kepada pembekal utama harga agen. Kemudian pembekal tersebut akan poskan barang kepada pelanggan anda tadi. Dengan kaedah dropship anda tak perlu simpan stok. Anda hanya perlu ada blog free atau web sendiri untuk tujuan promosi dan display barang yang nak jual.
![]() |
Muslim Niaga: salah satu Pembekal yang menjalankan sistem Dropship |
Macam mana? Dah dapat idean nak buat bisnes online yang mana?
Tepuk dada, tanya ILMU :)
Semoga bermanfaat. Terima kasih kerana sudi membaca. :)
0 comments:
Post a Comment