Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog adishasha.com
Terima kasih diucapkan kerana sudi mengikuti perkongsian dari saya, tak kisahlah selalu follow blog ni atau baru pertama kali berada disini :)
Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat sejahtera menjalani kehidupan sehari2 dengan lebih ceria.
Baru2 saya, dalam group kawan2 sekolah lama di fesbuk, ada dikongsikan oleh kawan saya yang anaknya menghidapi asma. Kesian juga tgk bila anak-anak kena guna alat bantuan untuk bernafas dengan selesa.
Jadi, hari ni saya nak kongsi sikit info berkenaan penyakit ni, dan juga cadangan solusi yang boleh digunapakai dalam usaha untuk mengurangkan derita si kecil.
Penyakit Asma
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara
![]() |
Derita Si Kecil |
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
Pengidap Asma
Penyakit asma boleh berlaku pada semua peringkat umur. Tetapi seringkali asma ini berlaku ketika kecil lagi. Orang yang berisiko tinggi untuk mendapat asma ialah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit asma mahupun alergi. Sekiranya terdapat keluarga anda yang alergi kepada makanan laut misalnya, ahli keluarga anda juga turut berpotensi untuk menghidap asma. Sejarah ibu-bapa yang mempunyai asma meningkatkan kepada 3 hingga 6 kali ganda untuk anak menghidapi asma. Dari segi jantina, ia sering berlaku kepada lelaki ketika kanak-kanak.
![]() |
Sejarah ibu bapa tingkatkan risiko kepada anak |
Tanda-tanda Asma
- Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
- Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
- Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
- Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.
Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan. Sama ada rangsangan dari luar mahupun dalam.
- Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
- Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
- Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
- Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
- Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.
Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.
Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital. Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.
Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,'' katanya. Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.
Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,'' jelasnya.
![]() |
Sumber Omega 3 |
Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.
Pencegahan
Dalam usaha untuk mengawal seterusnya merawat penyakit asma, orang ramai boleh memberi lebih perhatian dengan teliti dan memperbaiki serba sedikit terhadap punca yang menyebabkan serangan penyakit asma itu sendiri seperti menjaga kebersihan rumah, jauhi dari pencemaran udara dan asap rokok, faktor suhu dan cuaca juga senaman, tak lupa juga faktor permakanan.
Omega Guard Shaklee
Seperti yang disebut tadi, pengambilan Omega 3 yang kaya dengan EFA dan DHA dapat membantu mengurangkan serangan penyakit asma. Sebagai alternatif, pengambilan Omega Guard Shaklee sangat membantu dalam menangani masalah asma.
![]() |
Omega Guard by Shaklee |
Kenapa Omega Guard Shaklee?
Sebab Omega Guard Shaklee adalah Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
2. Omega Guard adalah 3 kali lebihh tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
3. Berbanding dengan produk minyak ikan lain, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen
di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi
termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
4. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.
5. Kebanyaan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk
mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah
nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang mebahayakan kesihatan. Shaklee
menggunakan kaedah ultatulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan
Omega Guard.
6. Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak
asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan
berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated
biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.)
- mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS golongan wanita
- berfungsi melicinkan kulit dan kulit tampak kemerah-merahan
- menghalang salur darah dari tersumbat
- mencegah strok
- mengawal tekanan darah pada kadar normal
- mengurangkan ketegangan urat leher
- merendahkan serangan sakit kepala
- mengawal kolestrol dalam badan
- mengelakkan pembekuan darah pada tubuh badan
- mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
- menurunkan berat badan
- mencegah masalah obesiti
- risiko sakit jantung berkurangan
- mengelakkan serangan jantung bagi pesakit jantung
- membantu tumbesaran dan perkembagan otak bayi di dalam kandungan ibu
- menambah sistem imun tubuh badan, terutamanya kanak-kanak
- menyihatkan paru-paru
- meningkatkan kadar memori seseorang
- mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, proriasis dan lain-lain
- mengelakkan risiko demam hay, bronkitis, asthma, hepatitis dan SLE
- memperbaiki masalah buah pinggang
- menghalang kanser payudara, prostat, kolon dan paru-paru
- meningkatkan kesihatan hati selepas menjalani pembedahan
- meningkatkan fungsi pankreas bagi pesakit kanser
- menyokong kesihatan sendi-sendi badan
- mengelakkan penyakit gout
- memperbaiki masalah autism
- mengelakkan insomnia
- mengawal emosi
- memelihara kesihatan jantung
Baik untuk kanak2
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas (athma, ekzema )
8. Pelajar untuk meningkatkan prestasi pembelajaran
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang optimum
![]() |
MealShake + Omega Guard + Chewable Vita C Plus |
Set ini amat berbaloi dengan nilai pelaburan yang dikeluarkan, kurang dari RM100 sebulan, untuk kesihatan si manja yang optimum. Tiada yang lebih bernilai dari kesihatan yang tersayang, betul tak?
Sekian sharing kali ini. Semoga bermanfaat :)
Terima kasih kerana membaca.
0 comments:
Post a Comment