Assalamualaikum, salam sejahtera.
Nama
saya Suhardi Jamailudin, berasal dari Kampung Penaga 2, Kepala Batas,
Pulau Pinang. Anak ke-3 dari 4 orang adik beradik hasil perkongsian
hidup Haji Jamailudin Bin Ismail dan AllahYarham Maznah Binti Md. Isa
( minta jasa baik sedekahkan Al-Fatihah).
Saya kini menetap di Taman Air Biru, Pasir Gudang bersama keluarga ( isteri,
Shaqrina Shasha dan seorang anak perempuan Qaisara Sorfina Shasha, 6
tahun) dan juga mertua, Encik Shokri Mahat & Puan Shahrizad Ami.
Saya merupakan seorang Peniaga Online
sepenuh masa, yang menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran,
untuk memasarkan produk kesihatan & kecantikan. Dengan fenomena
Facebook Marketing sekarang, saya yakin untuk terus menjalankan
perniagaan ini. Kisah peniaga di Facebook yang mendapat untung
puluhan ribu sebulan bukan lagi cerita dongeng.
Zaman Makan-Kerja-Tidur
Saya yang dulu adalah seorang yang
jarang membuat keputusan (kebanyakkan keputusan dalam hidup saya
ditentukan oleh orang tua saya, mungkin sebab tu saya tidak terdedah
dengan tanggungjawab membuat keputusan dalam satu2 perkara), tak
gemar bincang masa depan, tiada matlamat dan tujuan hidup.
Sehinggakan saya pernah bekerja sebagai pemandu lori dan bas sekolah
setelah tamat pengajian dari universiti...sebab apa? Sebab saya tak
betul2 plan, tak betul2 target apa yang saya nak buat selepas tamat
belajar. Saya just go with the flow..saya biar orang lain buat
keputusan untuk saya... :(
Kemuncak zaman Makan-Kerja-Tidur
adalah semasa saya menjalankan perniagaan Pusat Internet (cyber
cafe). Pada masa itu saya betul2 menjadi hamba kepada bisness saya.
Buka kedai 9.00 pagi hingga 11.00 malam...7 hari seminggu! Lupa pada
Tuhan, lupa pada saudara mara, lupa pada jiran2, lupa pada kawan2,
lupa pada masyarakat. Saya hanya nampak peluang buat $$$.
Bisnes baik
pada permulaannya, dapat sambutan yang menggalakkan pada tahun
pertama hingga tahun ke-3. Tetapi disebabkan saya tiada matlamat dan
hala tuju perniagaan serta tiada ILMU pengurusan perniagaan yang
betul, lama kelamaan bisnes makin slow.
Masuk tahun ke lima, bisnes
betul2 tenat, walaupun telah cuba diselamatkan berapa kali. Sehingga
ada masanya saya terpaksa berhutang dengan adik beradik untuk bayar
bil, ada masanya juga untung bisnes online secara part time pulak
digunakan untuk menampung kos operasi kedai. Dan disebabkan tiada
SISTEM perniagaan yang betul, walaupun ada pekerja, tetapi
kebanyakkan kerja perlukan kehadiran saya. Saya betul2 terperangkap
dalam bisnes saya sendiri.

Turning Point
Akhirnya, pada Jun 2013, saya terpaksa
letgo bisnes tersebut, nasib baik ada pembeli yang berminat nak take
over semua sekali. Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan saya masa
tu, macam terlepas BEBAN yang amat sangat. Dengan duit pembelian
tersebut, saya settle semua bil2 tertunggak, tetapi pinjaman
perniagaan masih berbaki dan masih perlu dibayar sehingga sekarang.
Terasa SEDIH juga, penat lelah selama beberapa tahun
membangunkan bisnes tersebut, kemudian diambil alih oleh orang lain
begitu sahaja.
Tapi saya NEKAD untuk berubah.
Cukup-cukuplah saya menjadi hamba kepada bisnes sendiri. Bukan
kehidupan seperti ini yang saya mahukan!
Setelah settle semua tunggakan, ada la
baki sikit untuk saya memulakan bisnes yang baru, dan saya memilih
untuk fokus bisnes online yang telah saya mulakan sebagai part
time.
Bisnes Online.
Tak perlu modal besar.
Tak perlu
premis/kedai.
Tak perlu pekerja.
Tak perlu buka/tutup kedai. Kedai
sentiasa OPEN :)
Jualan dari bisnes online juga jauh lebih
baik dari pendapatan Pusat Internet yang pada masa tu.
Bermulalah
kehidupan saya sebagai Peniaga Online sepenuh masa. Selepas settle
owner baru take over bisnes tersebut, saya dan keluarga berpindah ke
tempat kelahiran isteri, Pasir Gudang, Johor.
Ikon Usahawan
Bumiputera
Dalam saya menjalankan bisnes online,
khususnya di Facebook, saya terbaca mengenai Dr.Azizan Osman, Pakar
Pemasaran No.1 Asia. Saya pun follow group/page beliau, membaca buku2
beliau, juga pernah mengikuti seminar2 PERCUMA anjuran syarikat
beliau.
Saya mula mengikuti beliau sejak Nov 2012 lagi. Seminar
percuma pertama yang saya hadiri bersama isteri adalah Seminar
Jutawan Industri, di Sunway Convention Centre, Seberang Jaya.
Pengisian seminar tersebut betul2 merubah tanggapan saya terhadap
dunia keusahawanan: kenapa kita perlu berniaga? Kenapa kita perlu
kaya?
Setiap kali seminar, beliau berkongsi kisah jatuh bangun beliau
dalam perniagaan dari dahulu sehingga berjaya seperti sekarang. Pada
saya, semua usahawan Melayu khususnya perlu mencontohi beliau,
berjaya dalam perniagaan dan kemudian bersedia membantu orang lain
pula untuk berjaya dalam perniagaan.

Dengan mengikuti beliau, saya banyak
terdedah dengan erti perniagaan itu sendiri, dapat ubah mind set
tentang perniagaan, matlamat perniagaan yang sebenarnya dan banyak
lagi ilmu2 tentang perniagaan. Beliau juga memperkenalkan kaedah
M.E.S.T.I yang perlu ada pada diri seorang usahawan jika ingin
berjaya.
M = Mentor
E = Emosi + Ilmu
S = Sistem
T =
Tindakan
I = Impian
Dari situ saya banyak menghadiri
seminar2 untuk mendapatkan ilmu berkaitan facebook marketing,
disebabkan saya memang menjalankan perniagaan melalui
facebook.
Walaupun agak lama saya follow Dr.Azizan Osman serta
seminar2 beliau yang saya hadiri, tetapi saya masih blur, masih tiada
Mentor untuk dituruti, kekurangan kuasa tindakan dan akhirnya
momentum bisnes online semakin slow. Kembali kabur dan samar2 dalam
hala tuju bisnes online saya ni.
Saya kembali tertekan. Tapi kali ini
saya betul2 berdoa pada tuhan dan berserah padanya, agar suatu hari
nanti Dia akan hadirkan pada saya MENTOR untuk membimbing saya,
dengan SISTEM perniagaan yang terbukti berkesan. Tiap kali lepas
solat, saya berdoa minta perkara tersebut.
Terima Kasih ALLAH
Ya betul. Permintaan saya dimakbulkan.
Terima kasih Allah.
Saya terbaca kisah beliau (Mentor)
dalam facebook alumni Dr.Azizan. Beliau merupakan antara testimoni
kejayaan terbaru program keusahawanan Dr. Azizan. Dikongsikan
bagaimana beliau mengamalkan ilmu pemasaran yang diajar oleh
Dr.Azizan sehingga pendapatan perniagaan beliau berlipat kali ganda.
Rupanya Mentor ini adalah salah seorang Friendlist Facebook saya
:)
Beliau juga mengaplikasikan ilmu dan teknik yang sama kepada
isteri beliau, sehingga isteri beliau 'terpaksa' berhenti kerja
kerana bisnes nya meletop2. Saya sungguh teruja untuk belajar dengan
beliau dan isterinya. Setelah menyuarakan hasrat saya untuk berguru
dengan mereka, saya diperkenalkan lagi dengan seorang mentor yang
akan membimbing saya secara lebih detail. Saya juga diperkenalkan
kepada kumpulan mereka yang terdiri dari ramai usahawan yang telah
berjaya, dan juga yang masih baru seperti saya. Semuanya positif2
belaka.
Allahuakhbar, alhamdulillah.
KINI, saya amat2 positif dalam apa jua
keadaan dan dugaan yang datang. Saya berasa sungguh bersyukur kerana
dipertemukan dengan mereka2 ini. Pesan Dr.Azizan, Mentor yang baik
bukan sahaja mengajak kepada keuntungan dunia, malahan mengajak
kepada keuntungan akhirat. Itulah yang ditekan oleh mentor2 dan rakan
usahawan saya sekarang.
Kita berniaga kerana Allah, kerana sunnah,
kerana nak membantu orang ramai, kerana nak menyelesaikan masalah
orang ramai. Yakinlah rezeki itu datang dariNya. Saya yakin, saya
berguru dengan orang yang betul, saya juga yakin saya berada
dilandasan yang betul untuk memulakannya sekali lagi. Gagal sekali
tak bererti gagal selamanya. Orang yang berjaya pasti pernah gagal.
Yang pasti saya lebih bersedia untuk permulaan kali ini.
Dengan adanya Elmu dan Sistem yang akan dibimbing oleh Mentor, saya
hanya perlu buat dengan Tindakan untuk mencapai Impian yang telah
saya tetapkan.
Sekian perkongsian kisah saya.
Terima
kasih kerana sudi membaca
Jika inginkan tips dan motivasi usahawan secara percuma, sila download ebook percuma di link berikut:
http://www.ebookniaga.com/sorryboss/adishasha
Suhardi Jamailudin (adie)Shaklee Independent DistributorID: 1089730
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim013-4744 146 (call)
017-5980 770 (sms/wassup)
Kalau anda suka dengan perkongsian serta tips-tips ini dan anda rasakan ada dikalangan kawan atau saudara mara yang insyaAllah akan dapat manfaat dengan perkongsian ini, saya jemput untuk anda sama-sama hebahkan kepada mereka melalui butang LIKE di bawah. Semoga usaha kita untuk sebarkan ilmu bermanfaat ini dipandang oleh Allah dan memperoleh rahmatNya. InsyaAllah.