==
Assalamualaikum, salam sejahtera ..
Ramai juga bertanya,
Suplemen apa yang sesuai untuk mulakan program pengambilan vitamin/suplemen/makanan tambahan ni?
Jawapan:
Sebagai permulaan, jika anda tahu sebarang penyakit atau masalah kesihatan yang sedang anda alami, kami boleh mula dari situ.
Contohnya: Jika anda sering bersin pada waktu pagi, kerap demam, selsema dan hidung berair... kami boleh cadangkan set resdung.
Yang penting anda tahu tahap kesihatan dan penyakit/masalah kesihatan yang anda alami. Sila maklumkan kepada kami tahap kesihatan anda, supaya kami dapat cadangkan suplemen yang sesuai untuk anda.
Jika anda tiada sebarang masalah kesihatan tetapi ingin mengambil suplemen atas faktor kesedaran pentingnya untuk mendapat nutrisi yang lengkap dalam diet harian, kami pasti akan cadangkan Set Kesihatan Keluarga / Familiy Wellness Set.
Ada juga pengguna yang mengambil set ini sebagai set pecubaan untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan keserasian suplemen Shaklee dengan mereka sekeluarga.